Saturday, January 1, 2011

Kerjasama Perlu Diperanankan : Timbalah II Unit Hisbah PMRAM

KAHERAH, 1 JANUARI : Unit Hisbah PMRAM yang diketuai oleh Saudara Majdi Zakaria telah mengadakan satu taklimat ringkas bersempena Operasi Mesra Happy New Year. Taklimat ringkas itu diadakan pada 29 Disember yang lalu, bertempat di Rumah Perak (B), Hayyu Sabiek. Beberapa wakil Unit Hisbah cawangan hadir bagi mendengar taklimat tersebut.

Timbalan II Unit Hisbah PMRAM, Saudari Norazura Rahim ketika ditemui menjelaskan bahawa operasi ini diadakan bagi memantau aktiviti mahasiswa Malaysia yang berada di Mesir bersempena Tahun Baru ini. Beliau amat mengharapkan kerjasama dari semua pihak bagi memastikan suasana harmoni mengikut acuan Islam.“ Islam mengajar konsep “Ta’awun ‘ala birri wa taqwa”,justeru, dalam melaksanakan tugas amar makruf dan nahi mungkar ini, kerjasama dari semua pihak adalah amat diharapkan”, ujarnya ketika ditemui selepas selesai taklimat ringkas pada hari tersebut.

Sementara itu, Naib Pengerusi HEWI II, Saudari Hurriyyah Abdul Mokti berkata, PMRAM sentiasa mengajar ahli-ahlinya agar mengaplikasikan pengajaran Islam yang sempurna seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. “ PMRAM bukan sahaja mahu ahli-ahlinya berjaya dalam bidang pengajian dan akademik, bahkan berjaya mengamalkan ajaran Islam sebagai seorang muslim dan menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya,” ujarnya ketika ditemui pada sesi taklimat tersebut.

No comments: