Monday, July 12, 2010

ALLAH MAHA MELIHAT





gambar hiasan

Imtihan telahpun dilalui oleh hampir kesemua mahasiswa yang berada di Mesir ini yang mana difahamkan pelajar perubatan dan qiraat masih belum selesai mengharungi ujian di kuliah masing-masing, sehinggakan hari ini pun masih ade ujian subjek Bahasa Inggeris yang perlu diduduki oleh pelajar akhawat mansurah dan ketika ramailah yang mula merancang untuk berlibur di tempat-tempat menarik dan ada juga yang sudah pulang bercuti, tidak kurang juga ada yang masih bersiap-siap untuk membeli belah cnderamata untuk ahli keluarga tercinta.

Akan tetapi ketika inilah juga ada segelintir kecil mahasiswa tidak kira pengajian islam mahupun perubatan akan mengambil kesempatan tempoh cuti yang diberikan ini untuk melakukan perkara yang tidak berakhlak. Keluar bersiar-siar bersama kekasih, memadu asmara di restoran-restoran dan lain-lain.

Pihak hisbah tidak pernah memejam mata mengenai permasalahan ini yang tidak pernah mengira waktu dan masa setelah dipertanggungjawabkan ke atas bahu kami, Allah tidak pernah terlepas dari setiap perbuatan kita samada baik ataupun buruk dan semoga kita dapat memastikan diri kita tidak sekali-kali melakukan perkara yang dimurkainya.

Kawasan yang dikenalpasti menjadi lubuk mudah untuk pelaku-pelaku kurang sopan ini melakukan perjumpaan yang tidak syar'ie semenjak kebelakangan ini ialah seperti di restoran-restoran Indonesia seperti Sehati , Abang Bobi, Caresto dan juga restoran lain seperti KFC ,Pizza King dan lain-lain kerana tempat-tempat ini difikirkan tiada ataupun kurang dikunjungi oleh ustaz-ustaz berkopiah putih .

Semoga Allah merahmati hidup kita dan memberikan kejayaan di dalam imtihan seterusnya di dunia dan akhirat.

Bebaskan diri anda dari maksiat.
AMAR MAKRUF. NAHI MUNKAR.!! ALLAHU AKBAR!

TIPS BAGI MENGHILANGKAN RASA CINTA DAN RINDU






Hati-Hati Dengan Rasa Rindu

oleh: Syaikh Aidh Al Qarni

Jangan pernah merindukan sesuatu secara berlebihan. Karena, yang demikian itu menyebabkan kegelisahan yang tak pernah padam. Seorang muslim akan bahagia ketika ia dapat menjauhi keluh kesah, kesedihan dan kerinduan. Demikian pula ketika ia dapat mengatasi keterasingan, keterputuasaan dan keterpisahan yang dikeluhkan para penyair. Betapapun yang demikian itu adalah tanda kehampaan hati.

“Tidakkah kamu melihat orang2 yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Rabbnya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya?” (QS Al Jatsiyah: 23)

-Akulah yang menarik ujung kematian itu, siapakah yang akan dituntut padahal si korban adalah si terdakwa itu sendiri-

Maksud bait syair ini, kita berhak merasakan sakit dan menderita sebab kita adalah penyebab utama dari semua yang terjadi pada diri kita. Seseorang yang berasal dari Andalusia menyombongkan dirinya karena bisa merasakan suka yang melebihi batas.

-Sebelum aku, orang mengeluh berat berpisah, dan ketakutan muncul pada yang mati dan yang hidup.
Jika rusuk2ku menghimpun, maka aku tidak akan lagi mendengar dan tidak pula melihat-

Bila saja diantara tulang2nya berhimpun ketaqwaan, dzikir, kesadaran rohani dan ilahiyah, maka kebenaran akan bisa dicapai. Disamping itu, bukti akan menjadi semakin jelas dan kebenaran akan terlihat.

“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syetan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang2 yang bertaqwa bila mereka ditimpa was2 dari syetan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan2nya” (QS Al A’raf : 200 – 201)

Ibnul Qayyim telah memberikan terapi yang sangat manjur tentang masalah ini dalam bukunya yang sangat terkenal Ad Da’wad Dawa’ atau Al Jawab asy Syafi’ an Man Sa’ala ‘anid Dawa’ asy Syafi’. Saya sarankan pembaca untuk merujuk kepada kedua buku tersebut. Rasa suka yang berlebihan itu banyak sebabnya. Diantaranya,

1. Hati yang tidak terisi oleh rasa cinta, rasa syukur, dzikir, dan ibadah kepada Allah.
2. Membiarkan mata jalang. Mengumbar mata adalah jalan yang menghantarkan pada kesedihan dan keresahan :

“Katakanlah kepada orang2 laki2 yang beriman :”Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya..” (QS An Nur:30)

Rasulullah juga bersabda: ‘Pandangan (mata) itu adalah satu dari sekian banyak anak panah iblis’

-Jika kau liarkan matamu kepada semua mata, maka semua pemandangan akan membuatmu lelah.
Kaulihat pemandangan, tapi tak seluruhnya mampu kau lihat dan kau tatap-

3. Meremehkan ibadah, dzikir, doa, dan sholat nafilah. “Sesungguhnya sholat itu mencegah dari perbuatan2 keji dan munkar” (QS Al Ankabut : 45)

Ada pun obatnya,
“Demikianlah, agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih” (QS Yusuf: 24)

1. Berusaha untuk selalu berada dipintu2 ibadah dan memohon kesembuhan kepada Yang Maha Agung.

2. Merendahkan pandangan dan menjaga kemaluan. “..mereka menahan pandangannya dan memelihara
kemaluannya..”(QS An Nuur : 30), ” Dan orang2 yang menjaga kemaluan mereka” (QS Al Mu’minun : 5)

3. Menjauhkan hati dari hal2 yang bisa mengikatnya dan berusaha melupakannya.

4. Menyibukkan diri dengan amal sholeh dan berguna. ” Sesungguhnya mereka adalah orang2 yang bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami denagn harap dan cemas ” (QS. Al-anbiya : 21)

5. Menikah secara syar’i. ” Maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi ” (QS. An Nisa : 3)

” Dan, diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya “. (QS. Ar Rum : 21)

Rasulullah bersabda, “Wahai para pemuda, barangsiapa diantara kalian yang sudah mampu untuk menikah, hendaklah menikah.”

BAGI MEREKA YANG TELAH TERLANJUR


Bagi yang telah terlanjur berbuat dosa dan maksiat, janganlah berputus asa. Sesungguhnya rahmat Allah yang meliputi segala sesuatu, sentiasa menanti taubatnya. Allah SWT. berfirman dalam surah al-Zumar ayat 53.
Maksudnya :
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah pernah memberi harapan kepada hamba-hambanya telah terbabas ini. Anas bin Malik telah menceritakan dengan berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW. bersabda :
قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

Maksudnya :
Allah Tabaraka wa Ta`ala telah berfirman : Wahai anak Adam, sekiranya engkau berdoa kepada-Ku dan mengharap kepada-Ku, nescaya aku ampunkan apa yang telah kamu lakukan, Aku tidak peduli – wahai anak Adam – walaupun dosa kamu itu mencapai puncak langit, lalu kamu meminta ampun kepada-Ku, nescaya aku akan mengampunkannya. Aku (juga) tidak peduli – wahai anak Adam – kalau kamu datang kepada-Ku dan kesalahanmu seberat bumi, lalu engkau datang kepada-Ku – sedangkan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan sesuatu, nescaya aku akan memberikan keampunan kepadamu.”
HR. Al-Tirmizi.

Dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim disebutkan bahawa Abu Zarr mendengar Nabi bersabda :
قَالَ مَا مِنْ عَبْدٍ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ثُمَّ مَاتَ عَلَى ذَلِكَ إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ
Maksudnya :
“Tiada seorang hamba yang mengatakan : Tiada Tuhan melainkan Allah, kemudian ia mati, melainkan ia akan masuk syurga.”
HR. Al-Bukhari dan Muslim

Mendengar hadis tersebut, Abu Zarr bertanya : “Walaupun ia telah berzina dan mencuri ?. Rasulullah menjawab, “Ya, walaupun ia telah berzina dan mencuri.” Abu Zarr seperti tidak percaya dengan apa yang diungkapkan Rasulullas SAW. itu sehingga ia menyoal Rasulullah dengan soalan yang sama sampai tiga kali. Dan Rasulullah SAW. pun menjawabnya dengan jawapan yang sama.