Tuesday, May 11, 2010

PERTINGKATKAN KESELAMATAN – KETUA HISBAH PUSAT

Kepada semua mahasiswa yang berada dibumi mesir agar dapat mempertingkat keselamatan kita semua kerana sejak akhir-akhir ini banyak ganguan telah berlaku,kes terbaru berlaku dibumi zaqaziq tentang perlakuan arab yang tidak senonoh cuba melakukan ganguan seksual terhadap mahasiswi perubatan.




Apa yang penting ialah kita cuba bertindak dengan keadaan berikut:-
 Sila bergerak kearah tempat yang selamat
 Elakan keluar seorang diri walaupun keadaan terdesak
 Jangan panic ketika keadaan kecemasan berlaku
 Banyakan selawat tafrijiah dan lain-lain amalan agar kita tidak alpa
 Sila hubungi Pesiden ,Pengerusi PMRAM cawangan atau mana-mana wakil Hisbah dengan segera mengikut keadaan tempat

Memandangkan musim panas telah pun berada dipermulaanya keadaan orang-orang arab lebih agresif pada waktu ini berbanding dengan musim sejuk.Keadaan kita juga tertekan dengan hampirnya imtihan jadi jagalah dan hargailah diri anda in sya Allah.Gunalah khidmat musrif sepenuhnya dengan apa yang telah diaturkan oleh BKAN dan DPM masing-masing.

Akhir kata kita sama-sama berdoa agar semuanya berada dalam keadaan selamat in sya Allah doa adalah senjata bagi kita. Mungkin ini adalah dugaan dan hikamh bagi kita memandangkan keadaan masalah social dikalangan ahli kita semakin parah. Sama-samalah kita berdoa agar Allah memberikan hidayah kepada mereka yang tidak endah dengan keadaan sekeliling dan masih lagi melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Usaha dan doa perlu seiring jangan kita hanya seronok menjadi muhtasib tanpa kita memohon pertolongan daripada Allah in sya Allah
Wassalam

Monday, May 10, 2010

RONDAAN DI KAWASAN PANAS TERUS DIPERGIAT















bersiap sedia menjalankan tugas.


KAHERAH 8 MEI - Pengerak Hisbah Pusat dengan kerjasama hisbah dari setiap cawangan bkan telah menjalankan rondaan rutin di sekitar Kaherah, dengan kekuatan seramai 30 orang telah dibahagi-bahagikan kepada beberapa tempat yang telah digariskan sebagai tempat tumpuan pelajar-pelajar Malaysia memadu asmara dan melakukan perkara yang kurang bermoral.

Walaupun dalam tempoh hampir dengan imtihan , semua penggerak hisbah tidak pernah lupa dan leka untuk menjalankan tugas sebagai muhtasib yang telah dipertanggungjawabkan ke atas bahu masing-masing kerana seperti yang dimaklumkan ketika tempoh hampir dengan imtihan ini kelas di universiti sudah dihentikan dan segelintir pejar-pelajar mengambil peluang untuk keluar bersama kekasih kononnya untuk melepaskan tekanan belajar.

Setelah sekian lama berlegar-legar meronda di setiap kawasan tersebut, tiada satu pun pasangan Malaysia yang dijumpai, cuma didapati beberapa orang pelajar Indonesia,Brunei dan Singapura yang berjalan-jalan membeli belah di situ, adapun begitu mereka turut di beri nasihat oleh AJK Hisbah yang terserempak dengan mereka, dan rondaan selesai setelah lewat malam.

Diingatkan kepada mahasiswa sekalian supaya tidak cuba atau bercita-cita untuk melalukan perkara yang dimurka Allah terutamanya berpasangan sebelum bernikah, dan juga pergaulan bebas . Semogas kita semua sentiasa di dalam rahmat Allah dan dijauhkan dari perkara-perkara yang buruk.


Indahnya hidup bersyariat.(gambar hiasan)

HISBAH MENURUT PERSPEKTIF ISLAM



Memahami Gerak Kerja hisbah

TAKRIF HISBAH
HISBAH ialah `Menegakkan yang ma'ruf apabila ianya ditinggalkan secara terang-terangan dan mencegah kemungkaran apabila ianya dilakukan secara terang-terangan pula'.

Ini membawa maksud bahawa sekiranya ianya ditinggalkan atau dilakukan secara sembunyi maka ianya bukan lagi merupakan tanggungjawab hisbah, tetapi menjadi tanggungjawab para hakim apabila wujud pendakwaan yang mana ianya melibatkan penyaksian dan keterangan.
WAJIBNYA HISBAH

Ramai orang menyangka bahawa walaupun melaksana tugas-tugas amar ma'ruf dan nahi mungkar diberikan ganjaran yang amat besar, tetapi mereka menyangka tidak menjadi kesalahan jika meninggalkan kerja-kerja tersebut. Mereka menyangka kejayaan hanya terhenti kepada usaha-usaha dan amal-amal berkaitan dengan ibadat-ibadat seperti solat, puasa, sedekah, haji dan sebagainya sahaja dan kesalahan serta keburukan orang lain tidak menjadi tanggungjawab mereka untuk membetulkannya.

Mereka seolah-olah telah lupa ataupun sengaja cuba melupakan bahawa tugas ini merupakan arahan Allah dan melaksanakannya merupakan prasyarat kepada kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Maka bersandarkan kepada nas-nas di atas, para ulama' berpendapat bahawa kerja-kerja hisbah adalah sesuatu yang fardhu. Antara mereka ialah ada yang menyatakan bahawa amar ma'ruf dan nahi mungkar merupakan dua fardhu dari fardhu-fardhu Allah manakala Abu Bakar al Jassas berpendapat Allah memperkuatkan kefarduannya dalam beberapa ayat manakala Rasul-Nya pula menjelas melalui hadith-hadith yang mutawatir darinya. Oleh itu dalil wajibnya melaksanakan hisbah bersandarkan kepada :

• Arahan Allah dan Rasul-Nya
• Iman dan Hisbah merupakan dua perkara yang tidak boleh dipisahkan
• Antara yang menjadi syarat kepada bai'ah ialah memberi nasihat sesama muslim
• Antara syarat mendapat kejayaan ialah melaksanakan kerja-kerja hisbah
• Meninggalkan tanggungjawab hisbah dianggap bersekutu dalam melakukan kemungkaran dan dosa bersama-sama pelakunya
• Amaran keras dengan azab Allah disebabkan meninggalkan kerja-kerja hisbah
• Turunnya azab Allah diakibatkan kerana meninggalkan hisbah.

STATUS KEFARDHUAN HISBAH

Para Ulama' berselilih pendapat dalam menentukan status kefarduannya sama ada fardhu `ain ataupun fardhu kifayah, namun dalam suasana-suasana tertentu para Ulama' bersepakat mengatakan bahawa ianya boleh berubah menjadi fardhu `Ain. Antara suasana-suasana tersebut ialah :

• Apabila petugas atau pegawai dilantik oleh pihak berkuasa
• Apabila tidak kedapatan orang lain yang mengetahui dan memahami kewajipan hisbah kecuali dirinya sahaja
• Apabila kemampuan untuk melaksanakan tugas ini hanya terbatas kepada beberapa orang sahaja maka hisbah itu menjadi fardhu `ain ke atas mereka
• Apabila berlaku perubahan situasi di mana bilangan para da'ie berkurangan ditambah pula dengan bertambahnya kemungkaran serta kejahilan menguasai keadaan, maka ketika itu hisbah menjadi fardhu `ain.

AMAR MA'RUF

• Hak-hak Allah
Wajib ke atas al-Muhtasib melaksanakan tugas amar ma'ruf dan nahi mungkar apabila berkenaan perkara-perkara yang berkait dengan hak Allah seperti sembahyang Juma'at sembahyang jamaah di masjid dan lain-lain yang secara terbuka ditinggalkan.

• Hak-hak Anak Adam
Ianya terbahagi kepada dua:
1. Hak Am
Merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan keperluan manusia seperti bekalan air minuman di dalam sesebuah negeri atau kemudahan-kemudahan awam yang asasi. Perkara ini bergantung kepada kedudukan kewangan negeri atau baitulmal dan pihak kerajaan bertanggungjawab supaya memperbaiki keadaan tersebut. kalau tidak ada harta baitulmal, hendaklah diarahkan orang-orang Islam yang kaya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

2. Hak Khas
Ianya mencakupi hak-hak yang berkaitan dengan individu-individu seperti hutang piutang dan lain-lain hak. Dalam keadaan ini, muhtasib hendaklah mengarahkan kepada orang-orang yang berhutang supaya membayar hutang-hutang mereka dengan syarat ada pengaduan dan jika mempunyai keupayaan.

3. Hak bersama
Ianya mencakupi antara lainnya perkara-perkara berikut:-
• Mengarahkan para bapa mengahwinkan anak-anak perempuan mereka apabila menepati syarat-syarat agar mereka tidak terhalang daripada berkahwin
• Mewajibkan para wanita mematuhi idah mereka sama ada idah wafat atau idah talaq
• Mengarahkan pemilik-pemilik pengangkutan supaya tidak memuat secara berlebihan ke atas kenderaan mereka
• Mengambil kecaknaan terhadap luqatah seperti kehilangan barangan dan sebagainya

NAHI MUNGKAR

• Hak-hak Allah
Antaranya:
1. Berkaitan dengan `ibadah yang mengandungi perkara-perkara berikut:
• Orang melakukan `ibadah tidak mengikut syari`at Islam
• Orang yang tidak mengambil berat terhadap kesihatan tubuh badan pakaian dan tempat sembahyang
• Orang yang berbuka puasa pada bulan Ramadhan tanpa ada keuzuran syar'ie
• Orang yang tidak membayar zakat harta-harta batin
• Orang yang mengajar dan memberi fatwa tanpa ada ilmu.
2. Berkaitan dengan larangan-larangan syara'
• Hendaklah mencegah orang ramai dari berada ditempat-tempat yang meragukan dan yang boleh mendatangkan tohmahan serta tuduhan orang seperti wujudnya percampuran kaum lelaki dan perempuan yang bukan mahram di tempat-tempat yang diragui.

3. Berkaitan dengan mu'amalah
• Hal ini mengandungi mu'amalah-mu'a malah yang mungkar dari sudut syara' seperti jual beli yang tidak sah dan apa-apa urusan jual beli yang dilarang oleh syara' walaupun di kalangan mereka saling redha menredhai seperti penipuan harga, timbangan dan sukatan.
• Hak-hak Anak Adam
1. Hak jiran
Hal ini mengandungi pencerobohan seseorang terhadap sempadan jirannya. Walaupun begitu, muhtasib tidak boleh mengambil tindakan selagi tidak ada aduan dari jirannya.

2. Di pusat-pusat perniagaan dan di kilang-kilang; ada tiga keadaan yang perlu diambil perhatian:
• Kesempurnaan dan kekurangan, contoh kerja-kerja perubatan yang dilakukan oleh para doktor
• Amanah dan khianat; contohnya amalan tukang-tukang jahit yang tidak menepati janji
• Elok dan tidak elok dalam apa-apa kerja yang dilakukan
• Hak-hak bersama
Antarannya ialah pencegahan perbuatan mengintai rumah orang lain, mencegah imam-imam masjid besar daripada memanjangkan sembahyang dan mencegah para hakim daripada tidak melayani orang-orang yang berbalah, mencegah pemilik alat-alat pengangkutan dari mengangkut lebih dari had muatan dan lain-lain lagi. Muhtasib hendaklah melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka oleh pihak berkuasa selain dari perkara-perkara yang disebutkan di atas.

PENUTUP
Semoga dengan penerangan ringkas ini memberi kefahaman kepada semua untuk menggerakkan hisbah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kitab Al Ahkam As Sultaniah oleh Imam Mawardi.


Disediakan Oleh :
Unit Penerangan Hisbah PMRAM 2010

Monday, May 3, 2010

PERJUMPAAN UNIT HISBAH PERINGKAT SEMUA CAWANGAN PMRAM


























KAHERAH 1 MEI- Bertempat di Rumah Kelantan Hayyu Sabik , Unit Hisbah pusat telah mengadakan perjumpaan dengan semua ketua Unit Hisbah semua peringkat bersama bahagian operasi masing-masing untuk memperkenalkan penggerak Unit Hisbah pusat yang baru dilantik dan memberi taklimat mengenai tatacara mengendalikan kes ,disamping itu di terangkan juga cara penyelarasan laporan yang perlu di pusatkan mengikut zon-zon yang telah di bahagikan.
antara ketua hisbah cawangan yang datang

Sambutan yang diterima agak memberangsangkan walaupun ada cawangan yang tidak menghantar wakil akan tetapi suasana perjumpaan agak rancak dengan dihadiri dua orang jemputan yang merupakan bekas penggerak hisbah pada sesi lepas iaitu Ustaz Nazrul b Abd Nasir dan Ustaz Nik Azran b Muhammad, banyak pengalaman yang dikongsi selama menerajui Unit Hisbah PMRAM sejak bertahun-tahun lamanya.

old timer yang hadir berkongsi pengalaman dan memberi tunjuk ajar



Turut dibentangkan statistik kes-kes berkaitan hisbah dari tahun 2008 hingga 2009 yang telah direkodkan yang mana menunjukkan peningkatan kes. oleh yang demikian pada tahun ini Unit Hisbah pusat sudah memulakan perancangan dengan lebih rapi bermula dengan Mesyuarat Unit Hisbah pusat yang telah diadakan di Markaz Hewi pada 24 April dan kali kedua pada 28 April yang lalu.Pada tahun ini, bertepatan dengan usul Muktamar ke 77 baru-baru ini yang memandang gezala tidak sihat semakin berleluasa, jadi gerak kerja hisbah yang lebih bersepadu, tegas dan agresif akan di jalankan dengan kerjasama semua cawangan dan peringkat dalam memastikan bumi Mesir ini terpelihara daripada maksiat terutamanya oleh warga Malaysia yang berada di sini.Semoga kerja ini dibalas oleh Allah S.W.T di akhirat kelak dengan balasan yang paling setimpal .
akhawat turut komited memperkasakan hisbah di tempat masing-masing

SUMBANGAN PMRAM CAWANGAN SHIBIN EL-KOM AMAT DIHARGAI










KAHERAH 26 April- Ketika semua mahasiswa sedang sibuk menumpukan pelajaran untuk menghadapi peperiksaan yag makin hampir, PMRAM Pusat telah menerima kunjungan daripada Ahli Jawatankuasa Tadbir Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin El Kom atau PMRAM Cawangan Shibin El Kom pada waktu petangnya yang diketuai oleh Pengerusi DPMS sendiri iaitu Saudara Mohd Faizal Abdullah bersama 2 lagi anggota ahli jawatankuasa tadbir iaitu Timbalan Pengerusi, Saudara Mohd Ridhuan dan Setiausaha Agung DPMS, Saudara Nik Mohd Arif. Dalam pertemuan singkat bersama Timbalan Presiden, Saudara Mohd Zuhaili Saiman dan Naib Presiden II, Saudara Mohamad Azlan Hj Alias itu telah membincangkan beberapa isu berkaitan dengan permasalahan diperingkat DPM Shibin El Kom dan akan dipanjangkan ke peringkat atasan bagi menyelesaikan beberapa isu yang berkaitan.[read more]

Kepada mana-mana individu atau cawangan yang ingin memberi sumbangan boleh menghubungi bendahari Unit Hisbah Ustaz Nik Rosdi 011 8238 906

Saturday, May 1, 2010

Kalam Ketua Unit Hisbah PMRAM

Alhamdulillah marilah sama-sama kita tuturkan lafaz kesyukuran kita ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan kita kehidupan yang sempurna didunia yang fana ini.Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad Sallahu A’laihi Wassalam nabi sekalian alam.Utusan Allah yang telah memberikan kepada kita ilmu dan pengajaran didalam menjalankan aktiviti seharian dan juga menjalankan kewajipan kita sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.

Operasi pencegahan maksiat adalah salah satu tuntutan agama berdasarkan konsep amar makruf nahi munkar. Maka sepatutnya ia akan mendatangkan pahala kepada sesiapa yg terlibat dalam operasi berkenaan. Tetapi, untuk mendapatkan pahala daripada Allah, sesuatu ibadat itu perlu mengikut segala syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jika tidak, ia bukan sahaja akan menjadi sia-sia, malah mungkin sebaliknya membebankan kita dengan dosa-dosa.

Maksud firman Allah swt :
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat (berbuat) yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka adalah orang yang yang berjaya". Surah Ali 'Imran, ayat 104.

Saya pada tahun ini ditaklifkan oleh pihak PMRAM pusat untuk memegang Ketua Hisbah Pusat yang berkuatkuasa selepas daripada muktamar PMRAM kali yang ke 77.Di saat ini kita melihat peranan Unit Hisbah semakin besar oleh kerana banyak perkara-perkara maksiat yang telah berlaku yang melangkaui tahap merbahaya.

Baru-baru ini pihak Unit Hisbah peringkat pusat telah mengadakan mesyuarat kali pertama selepas daripada pelantikan. Didalam perbincangan tersebut pihak Unit Hisbah telah mengariskan empat factor utama dalam memperkasakan Unit Hisbah diperingkat pusat mahupun cawangan. Antara empat faKtor yang menjadi garis panduan untuk pembawakan pada tahun ini ialah :-

1.Tenaga Pengerak
2. Penerangan Hisbah dan Dakwah
3. Kewangan Unit Hisbah
4. Operasi bersepadu

Kempat-empat faKtor ini perlu dititik berat oleh semua Unit Hisbah peringkat pusat dan juga cawangan demi untuk menjalankan gerak kerja yang lebih teratur dan dinamik.

Berbalik kepada usul Muktamar PMRAM baru-baru ini, yang berbunyi “Menggempur gerak kerja Hisbah dalam membanteras gejala sosial dalam kalangan mahasiswa/wi di Mesir melalui tindakan berikut :- Pertama : Menggesa pihak berwajib terutamanya JPMK dan KBMK untuk bertindak dengan lebih serius. Kedua : Mewajibkan skuad penguatkuasa hisbah di setiap peringkat PMRAM pusat dan cawangan”.

Usul tersebut telah dibawa oleh Saudara Shahrizan Mohd Hazime Presiden PMRAM dan telah diterima secara bulat oleh semua perwakilan dengan perbahasan yang panjang.Disini kita lihat usul adalah perkara yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.Memandangkan usul ini menitik beratkan soal Hisbah,maka saya berharap kepada semua Pimpinan dan juga Jawatankuasa Hisbah peringkat pusat mahupun cawangan dapat melaksanakan tugas dengan berhemah dan penuh tangungjawab agar kita sama-sama dapat merialisasikan tema Hisbah "AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR" dan juga PMRAM "MANTAPKAN FIKRAH MENJANA SYAKHSIAH".

Diakhir kata saya menyeru kepada semua warga Malaysia yang menetap dibumi Mesir agar sama-sama kita dapat memberikan kerjasama dengan baik kepada Unit Hisbah dan dapat menjaga keselamatan memandangkan sejak kebelakangan ini banyak kes-kes cabul,mencuri dan lain-lain berlaku.Jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini sila laporkan kepada pihak Hisbah pusat ataupun cawangan dan Presiden PMRAM agar perkara ini dapat dibendung dengan sempurna in sya Allah. Saya juga berharap kepada semua Mahasiswi dapat menggunakan khidmat musrif yang telah disediakan oleh pihak BKAN dan DPM.Jagalah diri agar kita tidak terlibat dengan perbuatan-perbuatan mungkar yang boleh membawa kita ke alam yang hina. Jangan jadikan bumi barokah ini tempat bermadu asmara dan membuat perkara yang dilarang oleh agama kita Islam.Ayuh banagkitlah sama-sama kita bergerak untuk merialisasikan impian kita ” Negara Yang Baik Mendapat Keampunan Allah”.

Semoga kewujudan unit Hisbah ini dapat membantu individu-individu yang bernaung di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) khususnya dan pelajar Malaysia amnya menerapkan tuntutan nilai Ihsan dalam diri mereka sepanjang tempoh mereka menuntut ilmu lantas mengahasilkan suasana landskap biah solehah yang di citakan di bumi mesir ini. Sekian, terima kasih.

"AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR" "MANTAPKAN FIKRAH MENJANA SYAKHSIAH".

(MAJDI BIN ZAKARIA)
KETUA HISBAH PMRAM 2010