Thursday, April 28, 2011

MASALAH PELAJAR DI MESIR MENDAPAT PERHATIAN AKHBAR MALAYSIA

Sekali lagi usaha keprihatinan PMRAM bersama pegawai pelajar yang terlibat mendapat perhatian pihak media di Malaysia Harian Metro,rentetan daripada kes-kes yang berlaku terhadap beberapa mahasiswa di Mesir yang cukup membimbangkan seluruh mahasiswa mengenai tahap keselamatan di bumi yang baru sahaja melalui revolusi rakyatnya menumbangkan Presiden diktatornya Husni Mobarak pada 12 Februari lalu.

Keberadaan persatuan PMRAM di Mesir untuk menjadi wadah kesatuan suara anak-anak melayu memang tidak dapat lagi dinafikan, kebajikan dan sumbangan yang telah disalurkan sejak penubuhannya pada 1930 menunjukkan kewibawaan dan kebertanggungjawaban PMRAM, tohmahan yang mendakwa PMRAM pro pembangkang adalah salah.

Laporan di akhbar tersebut menunjukkan Presiden PMRAM ,Saudara Shahrizan dan Pegawai HEP Selangor Ustaz Farizan melawat seorang mangsa culik SaudaraSalman pelajar Maahad Bu'uth di rumahnya di Walidain Hayyu Asyir.

"KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH"



UNIT PENERANGAN
HISBAH PMRAM 10/11

JANGAN CALARKAN IMEJ AL AZHAR



Saban tahun Universiti Al azhar sudah dikenali sebagai pusat rujukan umat islam dunia dan tempat melahirkan ilmuan-ilmuan islam yang cukup digeruni dan disegani, pertambahan pelajar pada setiap tahun menunjukkan perkebangan minat golongan muda untuk mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam lagi cukup serius. Keperluan pendakwah-pendakwah dan ilmuan islam yang lahir dari bumi mesir ini amatlah dinantikan dan dihargai, kesungguhan mahasiswa yang menuntut di Al Azhar amatlah dituntut untuk meneruskan kerja-kerja mengimarahkan bumi Allah ini dengan syiar islam dapat dijalankan tanpa henti.

Kebanjiran mahasiswa di bumi Mesir sangat dirasai tidak kira dari bidang pengajian islam ataupun perubatan telah dibuktikan ketika mana semua pelajar Malaysia diarahkan pulang ketika bumi Mesir dilanda revolusi rakyat yang mengancam keselamatan pelajar, kawasan-kawasan seperti Hayyu Asyir ,Sabi' dan Abasiah dirasai lengang sepertimana diakui oleh penduduk arab .

Oleh yang demikian kebanjiran mahasiswa ini membawa kepada satu masalah yang tidak dapat dielakkan dan diduga, masalah gejala pergaulan bebas dan masaah negatif yang lain mencacatkan dan mencalarkan imej ustaz-ustaz dam mahasiswa yang lain, perkara ini seharusnya diambil berat oleh semua mahasiswa yang sedar bahawa persekitaran yang baik akan menjadikan individu yang baik dan seterusnya membawa harum nama pelajar Al Azhar di bumi Mesir ini.

Masalah- masalah yang tidak dijangkakan berlaku di Mesir ini sebenarnya sudah membengkak dek perlakuan individu yang akur dengan kehendak nafsu serakah sendiri seperti khalwat, berdua-duaan di khalayak ramai, zina dan pengguguran bayi.


Demi menjaga dan memulihkan imej pelajar Al Azhar dan Mesir umumnya, Hisbah PMRAM menyeru kepada semua mahasiswa dari segenap peringkat dan seluruh kawasan dan cawangan supaya dapat menjaga tingkah laku dan akhlak dan bersama-sama mencegah kemaksiatan yang berlaku di sekeliling anda supaya maruah mahasiswa Al Azhar dapat dipelihara.

UNIT PENERANGAN
HISBAH PMRAM 2010/2011

PATUHI PEKELILIING YANG DIKELUARKAN.



NASR CITY 28 APRIL - Kes samun dan peras ugut semakin berleluasa di Mesir ketika ini, semalam diberitakan seorang pelajar Selangor diperas ugut di kawasan Bawabah Talitah sehinggakan diacukan pistol sebagai ancaman. Beberapa lagi kes sebelum ini yang berlaku sebenarkan memberi peringatan yang jelas kepada kita semua mahasiswa untuk menjaga keselamatan diri dengan semaksima mungkin dan mengambil langkah sangat berjaga-jaga pada satiap masa lebih-lebih lagi ketika berada di luar rumah.

Di sini Pihak Hisbah PMRAM ingin mengingatkan semula kepada semua mahasiswa mengenai pekeliling yang telah dikeluarkan dan berharap sangat dapat dipatuhi dengan baik.

1. Sila patuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).

2. Sila patuhi arahan perintah berkurung yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir yang bermula jam 12 malam hingga 6 pagi. Namun, diminta untuk berada di dalam kediaman masing-masing selewat-lewatnya jam 10 malam.

3. Sentiasa membawa pasport dan pengenalan diri lain ketika keluar rumah, dan digalakkan membawa kad PMRAM bersama-sama.

4. Dilarang menyertai sebarang perhimpunan atau aktiviti yang berbaur politik.

5. Elakkan mengulas sebarang isu politik yang berlaku di Mesir dengan warga Arab tempatan.

6. Tidak digalakkan keluar seorang diri samada siswa atau siswi.

7. Pastikan kediaman dikunci rapi sebelum keluar.

8. Jangan terpedaya dengan dakwaan warga Arab tempatan sebagai “mabahis”.

9. Sebarang aktiviti PMRAM Cawangan, hendaklah diadakan di premis masing-masing, selepas merujuk kepada Lajnah Perancang PMRAM dan tidak dibenarkan dibuat di luar buat masa ini.

10. Sebarang masalah, boleh terus menghubungi nombor telefon Presiden PMRAM di talian +20113771841.

Tuesday, April 19, 2011

TINGKATKAN KESELAMATAN

Kes kecurian , samun dan rompak berleluasa.
Kebelakangan ini kita telah dilaporkan terdapat beberapa kes yang melibatkan mahasiswa Malaysia yang menjadi mangsa kecurian, samun dan rompakan yang menjadi-jadi disebabkan oleh keadaan sekarang di Mesir ini polis tidak bertindak efektiv sepertimana sebelum revolusi.

Di antara kes yang menjadi perhatian ialah kes percubaan samun seorang pelajar bu'uth di kawasan toob el ramly hayyu asyir, mangsa yang baru pulang dari pengajian al quran di Maahad Iqra' telah dipanggil 3 oranga arab mesir dengan kereta Daewoo Lanos warna hijau yang memperkenalkan diri mereka polis dan ingin melakukan pemeriksaan, kemudian pelajar tersebut diminta memasuki kereta dan mula disoal siasat. Ketika di dalam kereta tersebut, terdengar balingan batu ke cermin belakang kereta hingga pecah dan dikhabarkan pelajar Indonesia yang membalingnya. Kemudian pelajar tersebut dibawa lari menuju ke suk sayyarat dan dilepaskan di depan Masjid Syarbini selepas didesak dan tiada sebarang hak milik pelajar tersebut yang diambil .

Pihak Hisbah Pmram mengingatkan kepada semua mahasiswa di Mesir supaya dapat menjaga keselamatan diri dan peka dengan persekitaran. Keadaan sekarang mendesak agar pelajar tidak berjalan berseorangan walaupun pelajar lelaki lebih-lebih lagi pada waktu malam. Harta benda seperti motorsikal hendaklah di letakkan di tempat yang paling selamat dengan kunci yang kuat dan pastikan apabila rumah yang ditinggalkan dikunci rapi dan periksa semua tingkap-tingkap dan mana-mana ruang yang membolehkan dimasuki pencuri.

Sekiranya berlaku kesulitan ataupun kecemasan bolehlah menghubungi YDP BKAN atau Pengerusi DPM atau Presiden PMRAM untuk membuat aduan dan meminta pertolongan. Semoga kita semua terus berada di dalam keamanan dan selamat dibawah jaminan Allah SWT.

Unit Penerangan HisbahPMRAM.