Sunday, January 23, 2011

APA SELEPAS IMTIHAN ??






Sebahagia mahasiswa di Mesir telahpun selesai menjalani peperiksaan, dan masih lagi ada yang belum selesai bergantung kepada kos dan juusan yang diambil, penat lelah berbulan-bulan membuat persiapan akhirnya terlepas juga sejurus tamatnya kertas terakhir. Berkat usaha dan doa tawakkal kepada Allah semoga menjanjikan kejayaan yang kita semua impikan untuk fasa prtama ini.

Bukan perkara asing agi bagi setiap mahasiswa untuk merancang atau memikirkan apakah yang akan dilakukan selepas selesai imtihan, ada yang merancang untuk menghadiri majlis-majlis talaqqi bersama ulama' , bersiar-siar bersama rakan-rakan , menjayakan program yang diatur oleh persatuan .
Di sini pihak Hisbah ingin mengingatkan supaya dapat mengisi masa terluang ini dengan perkara-perkara bermanfaat yang dapat meningkatkan pengetahuan dan menyumbangkan semaksima mungkin tenaga,harta dan idea untuk Islam , kesatuan dan diri sendiri dan jangan sesekali untuk mengundang murka Allah dengan perkara-perkara yang ditegah.


CUKUPLAH KEMATIAN MENGINGATI KITA

Sahabat ...
Kematian itu PASTI datangnya...

Cukuplah kematian sebagai pelajaran buat kita
Cukuplah kematian sebagai nasehat buat kita

Kemanapun kita pergi...
Kepada siapapun kita berlindung...
Dengan apapun kita menghindar...
Bila sudah saatnya KEMATIAN datang...
Kita tidak bisa pergi, berlindung atau menghindar...

“Perbanyaklah mengingat sesuatu yang melenyapkan semua kelezatan, yaitu KEMATIAN!”
(HR. Tirmidzi)

Wallahu a'lam

Penerangan Hisbah PMRAM 2010/2011

Sunday, January 2, 2011

DAKWAH TAHUN BARU BERJAYA DEKATI MAHASISWA




KAHERAH -31DISEMBER: Sambutan menyambut kedatangan tahun baru 2011 di Mesir tidak semeriah sambutan yang dibuat di tanah air yang dipenuhi konsert-konsert, parti , perarakan dan persembahan bunga api, walau bagaimanapun sebahagian mahasiswa di Mesir tidak menjadikan itu faktor untuk tidak menyambutnya kerana kesan budaya yang terbawa-bawa dair Malaysia.
Pada malam sambutan tersebut Unit Hisbah Pusat telah menggerakkan semua jentera-jentera hisbah di peringkat BKAN termsuklah SkuadBermotor Hisbah dan Brothers Bikes Club yang dianggarkan seramai 140 orang telah menjalankan dakwah mesra tahun baru di sekitar kawasan-kawasan tumpuan di Kaherah.Operasi bermula dengan taklimat yang diadakan di RKB Hayyu Sabi' pada 3.30 petang kemudian anggota-anggota terus bergerak ke tempat-tempat yang di tentukan.
Sepanjang operasi dijalankan risalah telah diberikan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang ditemui dan diberi kaunseling terhadap mereka yang telah melakukan kesalahan,operasi berakhir pada pukul 1 pagi dan tiada perkara yang tidak dingini berlaku sepanjang operasi dijalankan.
Pihak Hisbah PMRAM mengucapkan jutaan perhargaan kepada semua anggota hisbah yang bersama-sama menjayakan operasi dakwah tahun baru ini. Semoga setiap usaha kerja yang dilakukan akan mendapat ganjaran yang setimpal di akhirat kelak .

Yang Melaporkan,
Unit Penerangan Hisbah PMRAM 10/11

Wilayah HISBAH di Aceh- Jangan tunggu tsunami melanda Mesir untuk mengubah akhlak kita.



Saturday, January 1, 2011

OPERASI TAHUN BARU : SKUAD HISBAH AKHAWAT TURUN PADANG


KAHERAH, 1 JANUARI: Gerak kerja Unit Hisbah terus berjalan walaupun dalam musim peperiksaan bagi Universiti Al-Azhar dan beberapa university lain. Perlaksanaan konsep amar makruf dan nahi mungkar ini perlu diteruskan bagi memastikan mahasiswa yang berada di Mesir ini, terhindar dari sebarang gejala sosial. Timbalan II Unit Hisbah PMRAM, Saudari Norazura Rahim ketika ditemui berkata, kerjasama dari semua pihak adalah amat penting. Terutama rakan sebaya dan ahli serumah perlu sentiasa menjalankan konsep mencegah kemungkaran ini, bagi memudahkan lagi Unit Hisbah masing-masing menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Bersempena Sambutan Tahun Baru 2011, pihak Unit Hisbah PMRAM PUSAT mengadakan Operasi Mesra Happy New Year, bagi menjalankan operasi membanteras maksiat yang berlaku. Operasi tersebut telah diketuai oleh Timbalan II Unit Hisbah PMRAM, Saudara Norazura Rahim dan beberapa AJK Pusat dengan kerjasama dari Unit Hisbah Cawangan di sekitar Kaherah. Turut serta Naib Pengerusi II HEWI (Unit Dakwah dan Pembangunan Insan) Saudari Hurriyyah Abdul Mokti dan beberapa pimpinan HEWI PMRAM iaitu Saudari Nurul Hasanah Yahuza dan Saudari Nor Hasyimah binti Hassan.

Gerakan bermula pada jam 9.30 pagi dengan satu sesi taklimat yang bertempat di Rumah Perak A, Hayyu Sabiek. Taklimat dimulakan oleh Saudari Norazura Rahim, dengan membahagikan kepada beberapa kawasan mengikut negeri dan sedikit penerangan ringkas tentang tatacara mengadakan rush. Seterusnya, sedikit ucapan penutup yang disampaikan oleh Saudari Hurriyyah Abdul Mokti. Skuad Hisbah bergerak mengikut kawasan yang ditetapkan setelah selesai taklimat, dengan membawa risalah yang telah disediakan oleh Unit Penerangan Hisbah Pusat.

Operasi pada 31 Disember yang lalu bertindak menasihati beberapa pasangan dan individu terbabit serta mengedarkan risalah bersempena Tahun Baru 2011. Skuad Hisbah yang disertai oleh ahli-ahli negeri terbabit selesai melakukan operasi hingga jam 4.30 petang.

Kerjasama Perlu Diperanankan : Timbalah II Unit Hisbah PMRAM

KAHERAH, 1 JANUARI : Unit Hisbah PMRAM yang diketuai oleh Saudara Majdi Zakaria telah mengadakan satu taklimat ringkas bersempena Operasi Mesra Happy New Year. Taklimat ringkas itu diadakan pada 29 Disember yang lalu, bertempat di Rumah Perak (B), Hayyu Sabiek. Beberapa wakil Unit Hisbah cawangan hadir bagi mendengar taklimat tersebut.

Timbalan II Unit Hisbah PMRAM, Saudari Norazura Rahim ketika ditemui menjelaskan bahawa operasi ini diadakan bagi memantau aktiviti mahasiswa Malaysia yang berada di Mesir bersempena Tahun Baru ini. Beliau amat mengharapkan kerjasama dari semua pihak bagi memastikan suasana harmoni mengikut acuan Islam.“ Islam mengajar konsep “Ta’awun ‘ala birri wa taqwa”,justeru, dalam melaksanakan tugas amar makruf dan nahi mungkar ini, kerjasama dari semua pihak adalah amat diharapkan”, ujarnya ketika ditemui selepas selesai taklimat ringkas pada hari tersebut.

Sementara itu, Naib Pengerusi HEWI II, Saudari Hurriyyah Abdul Mokti berkata, PMRAM sentiasa mengajar ahli-ahlinya agar mengaplikasikan pengajaran Islam yang sempurna seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. “ PMRAM bukan sahaja mahu ahli-ahlinya berjaya dalam bidang pengajian dan akademik, bahkan berjaya mengamalkan ajaran Islam sebagai seorang muslim dan menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya,” ujarnya ketika ditemui pada sesi taklimat tersebut.

Bermuhasabah bukan hanya di Tahun Baru



Tahun 2010 telah melabuhkan tirainya. Ianya meninggalkan 1001 kenangan kepada setiap individu yang telah melaluinya.

Ada kenangan yang gembira untuk dikongsikan sepanjang lembaran 2010, dan tidak terlepas juga kenangan-kenangan yang tidak enak untuk didengar dan dikongsikan. Segalanya telah dijadikan sejarah yang pastinya akan dikenang sebagai sejarah yang baik mahupun sejarah yang buruk yang mewarnai lembaran 2010 yang akan berlalu.


Bermulanya tahun 2011, maka setiap individu akan memulakan perancangan-perancangan yang baru buat diri mereka untuk melengkapkan jadual setahun yang akan datang datang.


Ada yang merancang untuk memperbaiki kehidupan yang telah lalu, dan tidak kurang juga yang telah berpuas hati dengan kehidupan yang telah dilaluinya. Soal ibadah, soal rumahtangga, perniagaan, harta-benda, kerjaya,pergaulan, dan sebagainya pastinya menjadi agenda tahunan untuk dilengkapkan sebagai jadual yang akan mengisi kalendar tahun 2011.


Bagi sesetengah golongan pula, mereka mengatakan bahawa tahun baru ini adalah tahun untuk bermuhasabah amalan dan kehidupan yang telah lepas.


Dalam erti kata lain, tahun baru dijadikan sandaran untuk melihat kembali amalan setahun yang telah lalu.


Soalnya,benarkah begitu?


Muhasabah sepanjang waktu

Soal bermuhasabah dan menginsafi diri merupakan soal yang besar dalam Islam.Allah S.W.T amat menghendaki agar umat-Nya sentiasa memuhasabah dan memperbaiki diri serta bertaubat daripada segala keburukan yang telah dilakukan.Allah S.W.T berfirman di dalam surah al-Syams ayat ke 9 dan 10 yang bermaksud:

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya”.


Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Setiap Bani Adam itu melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat”

Golongan yang berjaya adalah mereka yang sentiasa bermuhasabah diri tidak mengira tempat dan waktu. Sekiranya kita hanya menjadikan waktu tahun baru untuk bermuhasabah, maka kehidupan umat Islam tidak akan mengalami peningkatan.

Soalnya, mampukah kita sebagai manusia yang sentiasa melakukan kesalahan, mengumpul muhasabah hanya tahun baru. Tidakkah itu akan merugikan kita kerana setiap tahun pastinya masalah akan terus berlaku sedangkan kita menunggu tahun baru untuk bermuhasabah dan menilai kesilapan diri sendiri.

Apa yang pasti, kematian tentunya tidak menunggu kita untuk bersedia menghadapinya. Bahkan, jika tiba waktunya, ianya pasti akan menjemput kita. Maka, sentiasa bersedia dengan muhasabah dan menginsafi diri sendiri sebelum ajal tiba.

Saidina Umar Al-Khattab berkata:

“Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab (segala amalan)”

Maka, umat Islam harus mengubah persepsi bahawa muhasabah diri itu hanyalah apabila tibanya tahun baru. Tetapi, jadikan setiap hari dalam kehidupan kita sebagai waktu untuk menilai sejauh mana malan yang telah kita lakukan pada hari tersebut bermula kita bangun tidur sehingga kita tidur kembali.

Bermuhasabahlah dengan Amal Makruf dan Nahi Mungkar.

Selain hari 31 ogos, Valentine day ,dan sebagainya, tahun baru juga merupakan waktu yang begitu sesuai untuk melakukan tugas amal makruf dan nahi mungkar. Sesetengah golongan akan mensasarkan waktu-waktu sebegini untuk membendung gejala sosial serta maksiat daripada terus mencacatkan lembaran tahun baru tersebut.

Kebiasaannya, muda-mudi akan berkumpul bersama-sama untuk merayakan sambutan ini dengan gaya yang tersendiri.Konsert, nyanyian, aktiviti bebas yang kadangkala bertentangan dengan agama, serta pakaian yang menyakitkan mata melihatnya adalah antara pengisian yang boleh dilihat pada tahun baru.

Teguran, risalah-risalah, artikel-artikel terpilih dijadikan bahan untuk memberi kesedaran kepada mereka-mereka yang menyambut tahun baru dengan cara yang salah.Sebenarnya, amal makruf dan nahi mungkar tidak keterlaluan jika dikatakan sebagai medium muhasabah yang utama untuk umat Islam.

Firman Allah S.W.T di dalam surah Ali-Imran ayat 104 yang bermaksud:

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung”.


Al-Allamah Saiid Hawwa menyebutkan di dalam kitabnya “Al-Mustakhlas Fi Tazkiyatil Anfus” bahawa di antara salah satu cara untuk bermuhasabah dan menyucikan jiwa adalah dengan Amal Makruf dan Nahi Munkar.

Satu perkara yang harus kita sedari mutakhir ini, Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasminya, mencacatkan peratusan kes-kes jenayah yang begitu membimbangkan.

Berdasarkan kepada statistik, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.


Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang

Perak = 9,788 orang


Kuala Lumpur = 9,439 orang


Johor = 8,920 orang


Sabah = 8,435 orang


Negeri Sembilan = 4,108 orang


Pahang = 3,677 orang


Kedah = 3,496 orang


Pulau Pinang = 3,412 orang


Melaka = 2,707 orang


Kelantan = 1730 orang


Perlis = 691 orang


Sarawak = 617 orang


Terengganu = 574 orang


JUMLAH = 70,430 orang.


70, 430 adalah satu jumlah yang sangat menakutkan bagi umat Islam di Malaysia!


Bagi kes jenayah rogol umpamanya, Malaysia dicatatakan sebagai Negara yang mendapat tempat yang ke38 dengan peratusan 0.0505156 daripada 1000 orang. Tidakkah ini memalukan!


Jelasnya, sekiranya usaha Amal Makruf dan nahi Mungkar tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh, maka usah kita terkejut jika dalam tempoh 10-20 tahun lagi, Malaysia mungkin akan berada di ranking 10 tertinggi yang mendominasi masalah Hisbah dalam Negara kita!


Peringatan buat muda-mudi


1. Buat muda-mudi, usahlah kalian cacatkan dan cemari kehadiran tahun baru dengan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan Agama Islam.


2.sSentiasalah menginsafi diri dan bermuhasabah pada setiap waktu dan ketika.


3. Jadikan tahun baru sebagai tahun untuk meningkatkan potensi diri, serta menjadi Muslim yang terbaik.


4. Sertai dan anjurkan program-program yang boleh membina jiwa seperti membaca al-Quran, tazkirah, ceramah agama, lagu-lagu nasyid Islamik dan sebagainya.


5. Ingatkan bahawa diri kalian amat diperlukan sebagai pemimpin Negara pada masa akan datang. Jika kalian telah rosak, maka ianya adalah cerminan kepada rosaknya negara pada masa hadapan.


6. Jauhilah maksiat dan elakkan percampuran di antara lelaki dan perempuan yang tidak mengikut syariat apabila kalian ingin menyambut tahun baru.


7. Tegakkan islam dalam jiwa kalian, nescaya islam akan tertegak dalam masyarakat dan negara.


8. Akhirnya, buktikan bahawa kalian mampu untuk menjadikan tahun baru sebagai tahun kebangkitan identiti dan integriti!.


Akhirnya, artikel sederhana ini diakhiri dengan sebuah peringatan Nabi S.A.W untuk muhasabah kita bersama :


Ada seorang yang berdiri menuju Nabi S.A.W ketika baginda berada di atas mimbar, maka beliau berkata: “Wahai Rasulullah, manusia yang bagaimanakah yang paling baik?” Lalu baginda bersabda: “Sebaik-baik manusia, adalah mereka yang paling banyak menghafal al-Quran, yang paling takwa, yang paling bearamal Makruf dan Nahi Mungkar, dan yang paling menyambung hubungan kekeluargaan”- H.R. Ahmad dan Al-Tabrani.


Wallahu’alam..


Oleh : Ibnu Sikh Nawawi