Sunday, February 28, 2010

Mesyuarat Hisbah Pusat Memberangsangkan

Alhamdulillah, syukur kepada Allah taala dapat juga menyiapkan blog Hisbah yang sudah sekian lama terbiar. Moga-moga ini mejadi titik permulaan bagi mengembangkan semula blog Hisbah PMRAM ini.

Pada 27 Februari 2010 baru-baru ini, Mesyuarat Hisbah Peringkat Pusat berjaya dilaksanakan di Rumah Penuntut Pulau Pinang Mesir. Kehadiran wakil-wakil hisbah seluruh Mesir melibatkan Badan Anak Negeri ( BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mesir (DPM) begitu memberangsangkan. Kesemua memberikan laporan dan respon terbaik sepanjang mesyuarat dijalankan. Mesyuarat yang dikendalikan oleh al-Fadhil Ust Nasrul Ikman Nerudin selaku Ketua Hisbah Pusat berjaya merungkaikan pelbagai permasalahan yang berlaku di kalangan penuntut Ilmu Islam dan Perubatan di Bumi Mesir.

Sepanjang mesyuarat dijalankan, kelihatan semua wakil Hisbah daripada BKAN dan DPM menunjukkan betapa mereka semua tidak ingin melihat sebarang tindakan tidak bermoral dilakukan oleh para penuntut ilmu di Bumi Kinanah ini.

antara Wakil Hisbah BKAN dan DPM yang hadir


Ustaz Nasrul Ikman menegaskan kepada semua wakil Hisbah agar memberikan sepenuh kerjasama bagi membanteras gejala sosial di Bumi Kinanah ini. al-Fadhil Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir selaku Ketua Unit Penerangan Hisbah Pusat melaporkan hasil mesyuarat bersama Presiden PMRAM al-Fadhil Ust Abdul Muiz, serta kepimpinan BKAN dan DPM yang mana mereka semua bersetuju untuk berkerjasama bersama PMRAM dan Unit Hisbah bagi menjayakan misi " Sifar Maksiat" .


Disediakan oleh :

Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir,
Ketua Unit Penerangan Hisbah 2010