Monday, August 30, 2010

RAMADHAN YANG DICEMARI

Saban hari terpampang di dada akhbar tempatan Malaysia kes-kes jenayah yang tidak sedikit.Keruntuhan moral dan akhlak di kalangan remaja menjuarai kebanyakan kes.Hampir setiap hari ada sahaja kes buang bayi dilaporkan.Sungguh jijik!.Bayi yang tidak berdosa ini ditinggalkan ditempat yang tidak selayaknya sebagai manusia.Lebih menjijikkan hal ini berlaku di bulan mulia Ramadhan.Baru-baru ini,seorang bayi perempuan telah ditemui oleh sekumpulan pemancing di tebing sungai dan masih lagi mempunyai tali pusat.

Turut dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan lain keadaan masyarakat di tanah air yang kemaruk bahan porno.Statistik yang dikeluarkan Google Trends menunjukkan Malaysia menduduki tangga ke-8 bagi negara paling banyak pencari maklumat mengenai seks sekaligus membuktikan masalah kebanjiran pornografi di internet dan media semakin serius.Tidak cukup dengan itu Ramadhan yang penuh berkah ini turut dicemari dengan kes-kes rompakan,bunuh dan lain-lain lagi.

Apa yang berlaku di tanah air sebelum ini juga sepanjang Ramadhan kali ini sepatutnya memberi kesedaran kepada semua mahasiswa.Terjadinya kes buang bayi,menonton filem lucah dan sebagainya adalah kerana menurut hawa nafsu semata-mata.Sungguh menyedihkan sekiranya di bulan Ramadhan ini ada dikalangan mahasiswa yang membenarkan hawa nafsu merajai hati setelah syaitan dirantai.Sungguh pelik bulan yang penuh berkat ini dianggap seperti bulan-bulan biasa tanpa memberi kesan di dalam diri.Bercakap perkara yang lagha masih diteruskan,sms tidak pernah henti,chatting tetap berterusan,dating?.Ini belum lagi kes ketika menjelang Syawal,kes beraya bersama pasangan dan juga bertukar juadah turut menjadi agenda.Hisbah pastinya tidak akan berdiam diri dalam hal ini.Amar ma’ruf nahi mungkar tidak mengira masa,bulan jua tempat.

Ingatan buat semua mahasiswa jangan cemari Ramadhan yang penuh berkat ini!.Alangkah baik sekiranya kita merebut peluang yang ada dengan melipatgandakan ibadah. Lebih-lebih lagi disepuluh malam terakhir ini.Pohonlah keampunan daripadaNya.Usah biarkan diri terus dibelenggu dengan dosa.