
Kaherah,14 Februari 2012-Bersempena dengan Hari Kekasih yang disambut oleh segelintir masyarakat,Unit Hisbah di bawah Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM telah melancarkan ops bersepadu dengan mensasarkan beberapa kawasan tumpuan mahasiswa Malaysia.
Antara kawasan yang menjadi sasaran operasi ialah City Star,Sara’ Mall,Genina Mall dan kawasan Abbas Akkad.Operasi ini juga turut melibatkan semua Unit Hisbah Badan Kebajikan Anak Negeri yang dimulakan dengan skuad operasi akhawat pada siang hari dan disusuli pula dengan skuad operasi ikhwah pada sebelah malamnya.
Ketua Unit Operasi dan Siasatan Hisbah Pmram,saudara Mohammad Adlly Bokhari ketika ditemui melahirkan rasa berpuas hati pada operasi yang dijalankan kerana hampir kesemua tempat yang disasarkan tiada pasangan yang bukan mahram dari kalangan mahasiswa Malaysia ditemui. “Ini menunjukkan bahawa mahasiswa Malaysia yang berada di Mesir samada dari jurusan perubatan mahupun pengajian islam semakin matang di dalam mengaplikasikan ilmu sejajar dengan kehendak syariat”,ujar beliau sambil merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan operasi ini.
1 comment:
9158多人视频聊天室 , 我秀视频聊天 , 我秀在线演艺 , 六间房视频聊天室 , 台湾辣妹视讯网 , 线上人间视讯 , 台湾线上人间 , 线上人间聊天室 , 可乐视频聊天社区 , 免费视频聊天
Post a Comment