Friday, October 21, 2011

Mesyuarat tertutup Ahli Jawatankuasa Hisbah Pusat PMRAM 2011


KAHERAH, 18 Oktober 2011- Mesyuarat tertutup Ahli Jawatankuasa Hisbah Pusat PMRAM telah di adakan semalam di Rumah Perak Wisma B,Hayyu Sabi’ jam 2 petang. Turut hadir di dalam perjumpaan tersebut saudara Mohd Faizzuddin b. Ghazali, Naib Presiden I merangkap Ketua Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan PMRAM 2011.

Melalui perbincangan yang telah di jalankan,satu rombakan Ahli Jawatankuasa telah di buat dan jawatankuasa baru telah di bentuk bagi melicinkan dan memperkasakan lagi gerak kerja Unit Hisbah di peringkat pusat. Perlantikan baru yang dirombak tersebut adalah Ketua Unit Hisbah oleh saudara Rahman Aminuddin yang sebelum ini dipegang oleh saudara Jamal Najmuddin. Manakala Ketua Operasi dan Siasatan dipegang oleh saudara Mohd Adly Bokhari yang sebelum ini dipegang oleh saudara Ahmad Zuhhad. Begitu juga disebelah muslimat, perubahan Ahli Jawatankuasa juga berlaku rombakan yang besar.

Tambahan pula,perjumpaan tersebut di adakan bagi memperincikan lagi tugas gerak kerja bagi setiap unit supaya masing-masing dapat memahami seterusnya melaksanakan tugas yang di amanahkan dengan baik. Mengambil ibrah daripada ayat al-Quran yang bermaksud “Dan hendaklah ada satu puak di kalangan kamu yang menyeru ke arah kebaikan,yang melaksanakan amar makruf dan melaksanakan nahi munkar”.

Unit Hisbah PMRAM bukan sahaja bergerak untuk mencegah perkara-perkara yang bertentangan dengan syara’ bahkan ingin menyeru mahasiswa supaya sentiasa melakukan perkara-perkara kebaikan demi merealisasikan peranan sebagai seorang hamba Allah.Mesyuarat berakhir sekitar jam 4 petang.

No comments: