Tuesday, September 20, 2011

RIBAT PMRAM : Infiniti Kekuatan Umat Islam


KAHERAH, 20 Sept - Lajnah (Unit) Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM akan menganjurkan RIBAT PMRAM atau Solat Subuh Berjemaah dan Tazkirah Fikrah Subuh di Dataran Hayyu Asyir pada 22 September 2011 iaitu pada hari Khamis.

RIBAT adalah susulan solat subuh berjemaah diperingkat PMRAM yang telah diadakan sebanyak 3 bulan berturut-turut sebelum ini iaitu dengan Tazkirah Fikrah oleh Syeikh Mohd Mujahid Sikh Nawawi Naib Presiden III merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM, Abdul Malik Abdul Karim Penasihat PMRAM dan Mohd Faizzudin Ghazali Naib Presiden I merangkap Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM.

"Tazkirah Fikrah yang ditekankan adalah isu semasa dan ummat Islam selain indikator kekuatan generasi pemuda dalam membawa risalah Islam. Selain itu, solat subuh berjemaah adalah penanda aras kekuatan umat Islam yang merupakan ujian kepada segala kekuatan." ujar Mohd Faizzudin Ghazali yang merupakan Naib Presiden I.

RIBAT pada hari Khamis ini akan bermula jam 3.45 pagi dengan solat Tahajud, solat sunat Subuh, solat Subuh dan pengisian Tazkirah oleh Ahmad Ulwan Hashim Exco Keluarga Penuntut Terengganu (KPT).

PMRAM menyeru kepada seluruh ahli-ahli PMRAM untuk turun pada pagi tersebut untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah.

No comments: