Thursday, April 28, 2011

PATUHI PEKELILIING YANG DIKELUARKAN.



NASR CITY 28 APRIL - Kes samun dan peras ugut semakin berleluasa di Mesir ketika ini, semalam diberitakan seorang pelajar Selangor diperas ugut di kawasan Bawabah Talitah sehinggakan diacukan pistol sebagai ancaman. Beberapa lagi kes sebelum ini yang berlaku sebenarkan memberi peringatan yang jelas kepada kita semua mahasiswa untuk menjaga keselamatan diri dengan semaksima mungkin dan mengambil langkah sangat berjaga-jaga pada satiap masa lebih-lebih lagi ketika berada di luar rumah.

Di sini Pihak Hisbah PMRAM ingin mengingatkan semula kepada semua mahasiswa mengenai pekeliling yang telah dikeluarkan dan berharap sangat dapat dipatuhi dengan baik.

1. Sila patuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).

2. Sila patuhi arahan perintah berkurung yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir yang bermula jam 12 malam hingga 6 pagi. Namun, diminta untuk berada di dalam kediaman masing-masing selewat-lewatnya jam 10 malam.

3. Sentiasa membawa pasport dan pengenalan diri lain ketika keluar rumah, dan digalakkan membawa kad PMRAM bersama-sama.

4. Dilarang menyertai sebarang perhimpunan atau aktiviti yang berbaur politik.

5. Elakkan mengulas sebarang isu politik yang berlaku di Mesir dengan warga Arab tempatan.

6. Tidak digalakkan keluar seorang diri samada siswa atau siswi.

7. Pastikan kediaman dikunci rapi sebelum keluar.

8. Jangan terpedaya dengan dakwaan warga Arab tempatan sebagai “mabahis”.

9. Sebarang aktiviti PMRAM Cawangan, hendaklah diadakan di premis masing-masing, selepas merujuk kepada Lajnah Perancang PMRAM dan tidak dibenarkan dibuat di luar buat masa ini.

10. Sebarang masalah, boleh terus menghubungi nombor telefon Presiden PMRAM di talian +20113771841.

No comments: