Monday, April 26, 2010
AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR
Bismillahirrohmanirrohin.
Assalamualaikum w.b.t
Satu slogan yang bukan sahaja perlu difahami,dan dihayati bahkan wajib dilaksanakan oleh semua insan yang percayakan keesaan Allah dan kebenaran Nabi Muhammad S.A.W adalah utusanNya yang diperintahkan untuk membawa seluruh ummat manusia mentauhidkan Allah. Sama ada setuju ataupun tidak, suka ataupun tidak, kita semua terpaksa memikul tanggungjawab ini dengan penuh kesabaran dan ketaatan kepada Allah s.w.t sepertimana diperintahkan melaksanaan syariat di muka bumi ini adalah untuk menjaga 5 perkara sepertimana yg disebut oleh Imam Al-ghazali iaitulah :
1) Agama
2)Harta benda
3)Nasab keturunan
4)Nyawa
5)Akal
Selesainya Muktamar Sanawi PMRAM ke 77 yang lepas , semua ahli telah bersepakat dengan dua usul yang telah dibahaskan dengan cukup lumatnya yang mana semua telah bersetuju untuk bersama-sama melaksanakan "pengislahan" biah di bumi mesir ini yang semakin dicalari dengan kes-kes melampaui batas syariat yang telah diaturkan,sama ada dilakukan oleh pelajar azhar ataupun perubatan, itu bukan pokok perbincangan, akan tetapi sepatutnya setiap orang yang beragama islam tidak kira apa bidang yang diceburi pun tidak lari dari undang-undang yang telah diatur Allah s.w.t.
Di sini admin ingin memberitahu bahawasanya organisasi penggerak HISBAH PMRAM sudah dilantik baru dan diketuai oleh Ustaz Majdi b Zakaria
Semoga seluruh anak-anak Malaysia di bumi Mesir ini dapat memberi kerjasama dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar ini demi memakmurkan bumi Allah ini dengan manusia yang patuh segala perintahNya dan menjauhi laranganNya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment