Tuesday, April 19, 2011

TINGKATKAN KESELAMATAN

Kes kecurian , samun dan rompak berleluasa.
Kebelakangan ini kita telah dilaporkan terdapat beberapa kes yang melibatkan mahasiswa Malaysia yang menjadi mangsa kecurian, samun dan rompakan yang menjadi-jadi disebabkan oleh keadaan sekarang di Mesir ini polis tidak bertindak efektiv sepertimana sebelum revolusi.

Di antara kes yang menjadi perhatian ialah kes percubaan samun seorang pelajar bu'uth di kawasan toob el ramly hayyu asyir, mangsa yang baru pulang dari pengajian al quran di Maahad Iqra' telah dipanggil 3 oranga arab mesir dengan kereta Daewoo Lanos warna hijau yang memperkenalkan diri mereka polis dan ingin melakukan pemeriksaan, kemudian pelajar tersebut diminta memasuki kereta dan mula disoal siasat. Ketika di dalam kereta tersebut, terdengar balingan batu ke cermin belakang kereta hingga pecah dan dikhabarkan pelajar Indonesia yang membalingnya. Kemudian pelajar tersebut dibawa lari menuju ke suk sayyarat dan dilepaskan di depan Masjid Syarbini selepas didesak dan tiada sebarang hak milik pelajar tersebut yang diambil .

Pihak Hisbah Pmram mengingatkan kepada semua mahasiswa di Mesir supaya dapat menjaga keselamatan diri dan peka dengan persekitaran. Keadaan sekarang mendesak agar pelajar tidak berjalan berseorangan walaupun pelajar lelaki lebih-lebih lagi pada waktu malam. Harta benda seperti motorsikal hendaklah di letakkan di tempat yang paling selamat dengan kunci yang kuat dan pastikan apabila rumah yang ditinggalkan dikunci rapi dan periksa semua tingkap-tingkap dan mana-mana ruang yang membolehkan dimasuki pencuri.

Sekiranya berlaku kesulitan ataupun kecemasan bolehlah menghubungi YDP BKAN atau Pengerusi DPM atau Presiden PMRAM untuk membuat aduan dan meminta pertolongan. Semoga kita semua terus berada di dalam keamanan dan selamat dibawah jaminan Allah SWT.

Unit Penerangan HisbahPMRAM.

No comments: