Tuesday, April 29, 2008

Tuntutan HISBAH

MASYRU'IYYATUL AL-HISBAH


Sesungguhnya pengutusan para Nabi-nabi dan Rasul-rasul oleh Allah adalah antara lainnya untuk ditaklifkan ke atas mereka tugas dan tanggungjawab menegakkan yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran, maka menjadi tanggungjawab yang besar bagi umat manusia melaksanakan tugas menegak ma'ruf dan mencegah yang mungkar.
kenyataan di atas menunjukkan betapa perlunya diberi keutamaan dalam melaksanakan tugas-tugas hisbah.

Firman Allah bermaksud :

‘ Kamu wahai umat Muhammad adalah sebaik-baik umat yang diciptakan Allah di muka bumi ini untuk manfaat di kalangan manusia, Yaitu, selama mana kamu tetap berpegang pada prinsip al-amr bil al-ma’ruf wa al-nahy an’ al-mungkar dan beriman sesungguhnya kepada Allah.... »’(surah al-imran 110)

FirmanNya lagi yang bermaksud :

‘Sesungguhnya Allah memerintah kamu, wahai org2 yg beriman utk menyampaikan segala amanah Allah atau amanah org lain kepada yg berhak secara adil,dan (menyuruh kamu) apabila menetukan suatu keputusan hukum di antara manusia supaya berlaku adil..... »’ (surah an-nisa 58)


Manakala hujah yang menyokong masyru‘iyyatul al-hisbah ialah :

Amar ma'aruf dan Nahi mungkar merupakan tugas Nabi-nabi dan Rasul-rasul

Melaksnakan tugas dan tanggungjawab ini merupakan sifat Sayyidil-Mursyalin

Melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini merupakan sifat orang-orang yang beriman

Melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini merupakan sifat orang-orang yang salih

Sekiranya tugas dan tanggungjawab hisbah dilaksanakan maka terlaksanalah segala kebaikan

Amar ma'ruf dan nahi mungkar merupakan kewajipan bagi mereka yang diberi kuasa di atas muka bumi ini

Melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini merupakan faktor kepada kejayaan didunia dan di akhirat

Amar ma'ruf nahi mungkar merupakan dua ciri penting dalam pengertian Islam

Amar ma'ruf nahi mungkar yang dilakukan di hadapan pemerintah yang zalim merupakan jihad yang paling baik

Membunuh orang-orang yang menjalankan tugas amar ma'ruf nahi mungkar merupakan kesalahan yang amat besar

Manakala orang yang menjalankan tugas amar ma'ruf dan nahi mungkar ini diberi ganjaran yang sebesar-besarnya

Melaksanakan tugas menyeru yang ma'ruf dan menghalang kemungkaran menjadi sebab kepada penghapusan dosa-dosa kecil


WAJIBNYA HISBAH

Ramai orang menyangka bahawa walaupun melaksana tugas-tugas amar ma'ruf dan nahi mungkar diberikan ganjaran yang amat besar, tetapi mereka menyangka tidak menjadi kesalahan jika meninggalkan kerja-kerja tersebut. Mereka menyangka kejayaan hanya terhenti kepada usaha-usaha dan amal-amal berkaitan dengan ibadat-ibadat seperti solat, puasa, sedekah, haji dan sebagainya sahaja dan kesalahan serta keburukan orang lain tidak menjadi tanggungjawab mereka untuk membetulkannya.

Mereka seolah-olah telah lupa ataupun sengaja cuba melupakan bahawa tugas ini merupakan arahan Allah dan melaksanakannya merupakan prasyarat kepada kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Maka bersandarkan kepada nas-nas di atas, para ulama' berpendapat bahawa kerja-kerja hisbah adalah sesuatu yang fardhu. Antara mereka ialah ada yang menyatakan bahawa amar ma'ruf dan nahi mungkar merupakan dua fardhu dari fardhu-fardhu Allah manakala Abu Bakar al Jassas berpendapat Allah memperkuatkan kefarduannya dalam beberapa ayat manakala Rasul-Nya pula menjelas melalui hadith-hadith yang mutawatir darinya. Oleh itu dalil wajibnya melaksanakan hisbah bersandarkan kepada :

Arahan Allah dan Rasul-Nya

Iman dan Hisbah merupakan dua perkara yang tidak boleh dipisahkan

Antara yang menjadi syarat kepada bai'ah ialah memberi nasihat sesama muslim

Antara syarat mendapat kejayaan ialah melaksanakan kerja-kerja hisbah

Meninggalkan tanggungjawab hisbah dianggap bersekutu dalam melakukan kemungkaran dan dosa bersama-sama pelakunya

Amaran keras dengan azab Allah disebabkan meninggalkan kerja-kerja hisbah

Turunnya azab Allah diakibatkan kerana meninggalkan hisbah.