Thursday, April 28, 2011

JANGAN CALARKAN IMEJ AL AZHAR



Saban tahun Universiti Al azhar sudah dikenali sebagai pusat rujukan umat islam dunia dan tempat melahirkan ilmuan-ilmuan islam yang cukup digeruni dan disegani, pertambahan pelajar pada setiap tahun menunjukkan perkebangan minat golongan muda untuk mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam lagi cukup serius. Keperluan pendakwah-pendakwah dan ilmuan islam yang lahir dari bumi mesir ini amatlah dinantikan dan dihargai, kesungguhan mahasiswa yang menuntut di Al Azhar amatlah dituntut untuk meneruskan kerja-kerja mengimarahkan bumi Allah ini dengan syiar islam dapat dijalankan tanpa henti.

Kebanjiran mahasiswa di bumi Mesir sangat dirasai tidak kira dari bidang pengajian islam ataupun perubatan telah dibuktikan ketika mana semua pelajar Malaysia diarahkan pulang ketika bumi Mesir dilanda revolusi rakyat yang mengancam keselamatan pelajar, kawasan-kawasan seperti Hayyu Asyir ,Sabi' dan Abasiah dirasai lengang sepertimana diakui oleh penduduk arab .

Oleh yang demikian kebanjiran mahasiswa ini membawa kepada satu masalah yang tidak dapat dielakkan dan diduga, masalah gejala pergaulan bebas dan masaah negatif yang lain mencacatkan dan mencalarkan imej ustaz-ustaz dam mahasiswa yang lain, perkara ini seharusnya diambil berat oleh semua mahasiswa yang sedar bahawa persekitaran yang baik akan menjadikan individu yang baik dan seterusnya membawa harum nama pelajar Al Azhar di bumi Mesir ini.

Masalah- masalah yang tidak dijangkakan berlaku di Mesir ini sebenarnya sudah membengkak dek perlakuan individu yang akur dengan kehendak nafsu serakah sendiri seperti khalwat, berdua-duaan di khalayak ramai, zina dan pengguguran bayi.


Demi menjaga dan memulihkan imej pelajar Al Azhar dan Mesir umumnya, Hisbah PMRAM menyeru kepada semua mahasiswa dari segenap peringkat dan seluruh kawasan dan cawangan supaya dapat menjaga tingkah laku dan akhlak dan bersama-sama mencegah kemaksiatan yang berlaku di sekeliling anda supaya maruah mahasiswa Al Azhar dapat dipelihara.

UNIT PENERANGAN
HISBAH PMRAM 2010/2011

No comments: