Thursday, May 5, 2011
Perbahasan Hukum Menyanyi dan Menggunakan Alatan Muzik
Muqaddimah
Dewasa ini, kita melihat ramai di kalangan umat Islam yang mengambil pelbagai alatan muzik sebagai hiburan. Ada di antaranya yang dibenarkan Islam dan sebahagian yang lain adalah dilarang. Namun, masih ramai yang tidak menyedari akan penggunaan alatan ini dari sudut pandangan agama. Di sini, kita akan menghuraikan perbahasan para ulama’ tentang alatan muzik bertali (gitar, biola, dsb) yang telah diguna pakai masyarakat hari ini.
Nyanyian dan Alatan Muzik Secara Umum
Para ulama' mengambil dalil Al-Quran dan As-Sunnah bagi menghuraikan permasalahan ini. Sebelum itu, kita cuba mengenal antara alatan muzik yang banyak digunakan pada masa sekarang. Perkataan (المعازف) yang merupakan kata ramai(jama') kepada المعزفة iaitu alatan muzik yang merangkumi jenis-jenis berikut :
a) Alatan muzik yang dipukul dan dipalu :
• الدف : Kompang yang mempunyai satu permukaan serta diikat dengan kulit.
• الطبل أو الكبار : Gendang yang mempunyai dua kompang samada kedua-dua permukaannya diikat dengan kulit atau pada satu permukaan sahaja.
• الكوبة : Gendang yang mempunyai dua permukaan tetapi agak sempit di bahagian tengah dan ia dipukul pada kedua-dua permukaannya.
• القضيب : Sebatang kayu yang digunakan untuk memukul benda-benda keras dengan tujuan menghasilkan bunyi. Contoh, memukul meja dengan sebatang kayu.
b) Alatan muzik yang dipetik :
• الرباب : Sejenis alat muzik bertali satu.
• العود والبريط والكران والطنبور : Kesemuanya merupakan alat muzik bertali.
c) Alatan muzik yang ditiup :
• المزمار والبوق والبراع : Alat muzik yang ditiup seperti seruling, trumpet dan sebagainya.
Perbahasan Para Ulama' Terhadap Nyanyian dan Alatan Muzik
Mereka berselisih dalam masalah ini disebabkan perbezaan kaedah pengambilan hukum daripada dalil Al-Quran dan As-Sunnah. Perkara ini juga dilihat kepada alatan muzik yang disebutkan dalam beberapa nas serta ada sebahagiannya tidak disebutkan secara jelas. Antara perbahasan yang boleh kita lihat di sini ialah :
1) Ayat Al-Quran dalam Surah Luqman ayat ke-6 :
6. dan ada di antara manusia: orang Yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan Yang melalaikan; Yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang Yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang Yang akan beroleh azab Yang menghinakan.
Kebanyakan para ulama’ mengatakan bahawa tafsiran لهو الحديث yang terdapat dalam ayat di atas menunjukkan maksud hiburan. Antaranya ialah Ibnu Abbas dan Al-Hassan, Mujahid dan Ikrimah. Namun, beberapa perkara perlu dilihat :
• Tafsiran dengan hiburan bukan merupakan satu-satunya maksud yang dikehendaki dalam ayat kerana ada pendapat yang mengatakan ia ialah kisah-kisah asing dan hikayat para raja Rom yang dilakukan oleh An-Nadhr bin Al-Harith dengan tujuan memesongkan mereka daripada Al-Quran. Pendapat ini juga siebutkan oleh Ibnu Qayyim.
• Tafsiran sahabat tidak menjadikan hukumnya marfu’ melainkan jika disertakan sebab turunnya ayat. Pandangan kepada maksud ayat merupakan kefahaman mereka daripada nas, bahkan ada di antaranya yang bertentangan tafsiran sesama mereka. Jika kesemua riwayat adalah marfu’ nescaya ia tidak akan bertentangan.
• Jika kita memberikan hukum marfu’ kepadanya, ayat ini masih belum merungkaikan permasalahan kita. Hal ini kerana ayat di atas tidak mencela golongan yang menyanyi dan berhibur tetapi menjanjikan azab yang berat kepada mereka yang membelanjakan hartanya dengan tujuan berpaling dari jalan Allah S.W.T.
Imam Ibnu Hazam menambah dengan contoh membelanjakan harta pada Al-Quran dengan tujuan memalingkan daripada jalan Allah maka ia juga akan menjadi haram. Pandangan ini juga disokong oleh Imam Al-Ghazali. Begitu juga dengan ayat yang datang selepasnya, menunjukkan sifat golongan yang disebutkan dalam ayat keenam ini. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Luqman :
7. dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat kami, berpalinglah Dia Dengan angkuhnya, seoleh-oleh ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah Dia Dengan balasan azab Yang tidak terperi sakitnya.
Mereka yang disbutkan di dalam dua ayat ini dinisbahkan kepada kafir dan akan mendapat azab yang sangat pedih di akhirat kelak. Imam At-Thabari menyebutkan di dalam tafsirnya melalui jalan sehingga Ibnu Zaid dalam memberikan tafsiran kepada ayat keenam dalam Surah Luqman : Mereka ialah orang kafir.
2) Hadis tentang muzik di dalam kitab Sohih Al-Bukhari :
عن هشام بن عمار بسنده إلى أبي عامر أو أبي مالك الأشعري سمع النبي (ص) يقول : ليكونن قوم من أمتي يستحلون الحر والحرير والخمر والمعازف
Maksudnya : Daripada Hisham bin 'Ammar dengan sanadnya sehingga Abu Amir atau Abu Malik Al-Asy'ari yang telah mendengar Nabi S.A.W. bersabda : (Akan terjadi pada suatu kaum di kalangan umatku yang mengharuskan zina, sutera, arak dan alatan muzik) – Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari.
Hadith di atas termasuk dalam hadith mu'allaq (hadis yang dibuang dalam sanadnya seorang perawi atau lebih walaupun kesemuanya) yang merupakan salah satu kategori hadis yang tidak bersambung sanadnya. Oleh kerana itu, Imam ibnu Hazam menolak penggunaan hadith ini sebagai dalil kepada permasalahan kerana sanadnya yang tidak bersambung.
Namun, Imam Ibnu Hajar telah menyambungkan sanadnya yang terdiri daripada 9 jalan. Walaubagaimanapun, kesemuanya beredar pada seorang perawi yang menjadi perbahasan di kalangan ulama' hadith iaitu Hisham bin 'Ammar. Beliau merupakan seorang khatib, perawi dan ulama' di Damshiq, di mana Imam Ibnu Ma'in dan Al-'Ijliy mengatakannya sebagai seorang yang thiqah. Imam Abu Daud telah berkata : Dia meriwayatkan 400 hadith yang tidak mempunyai asal.
Ibnu Sayyar telah berkata : Perkara ini menyebabkan kami berdiam diri terhadap riwayatnya, kemungkinan dia meriwayatkan hadith setelah berubah akalnya. Benar, beliau merupakan salah seorang daripada perawi Imam Al-Bukhari tetapi telah dikritik oleh sebilangan para ulama'.
Imam Ibnu Hajar mengatakan : (Setelah mengemukakan pendapat mereka yang mengkritiknya ; namun Imam Al-Bukhari tidak meriwayatkan daripadanya melainkan dua hadith sahaja. Salah satunya dalam Kitab Jual Beli dan beliau menyebutkan sanadnya sehingga Abu Hurairah, dan di sisinya juga merupakan hadith Ibrahim bin Saad daripada Az-Zuhri. Kedua, di dalam hadith tentang peribadi Abu Bakar dengan sanadnya sehingga Abu Darda' dan hadith ini mempunyai penguat daripada hadith yang lain. Imam Al-Bukhari juga meriwayatkan satu hadith secara ta'liq tentang pengharaman alatan muzik. Kesemua ini merupakan riwayat beliau di dalam kitabnya (Sohih Al-Bukhari) yang menunjukkan beliau (Imam Al-Bukhari) mengambilnya sebagai hujah).
Kesemua sembilan jalan yang telah disambungkan oleh Ibnu Hajar masih tidak menjadikan hadith ini bebas daripada sebarang perbahasan perawinya. Ada sebahagian daripadanya (sembilan jalan hadith) mencela golongan yang meminum arak dan menamakannya selain daripada namanya sendiri dalam keadaan berhibur dengan alatan muzik dan penyanyi wanita. Keadaan ini jelas kepada kita akan haramnya.
Walaupun Imam Abu Daud telah menyebutkan hadith ini di dalam sunannya namun ada di kalangan perawinya yang lemah, ditambah pula beliau tidak menyebutkan kalimah المعازف dalam riwayatnya tadi.
Perkataan المعازف sebenarnya tidak memberikan maksud yang jelas tentang hakikatnya. Ada pendapat yang mengatakan ia adalah tempat hiburan dan ada pula yang menyebut : alatan muzik. Hadith ini juga tidak menyebutkan secara tepat kepada pengharaman alatan muzik kerana kalimah يستحلون – seperti yang dinyatakan Ibnu Al-'Arabi – mempunyai dua maksud, salah satunya ialah : menyangka perkara tersebut adalah halal. Jika kalimah ini diertikan dengan maksud yang asal iaitu menghalalkan necaya pelakunya boleh dihukum kafir kerana menghalalkan perkara yang haram adalah kafir secara ijma' para ulama'. Sedangkan peminum arak, dan penzina hanya dihukumkan dengan pelaku dosa besar bukannya kafir.
Jika kita mengatakan ia menerangkan hukum haram, persoalannya ; adakah pengharaman ini merangkumi himpunan perbuatan iaitu zina, sutera, arak, dan alatan muzik? Atau pengharaman setiap satu daripadanya? Pendapat pertama ialah pendapat yang terpilih, kerana hadith menceritakan tentang perihal suatu kumpulan manusia yang hidup dalam kemewahan dan kerosakan. Mereka meminum arak, melakukan zina, memakai sutera dan mendendangkan lagu yang dimainkan muzik padanya. Sebab itulah Imam Ibnu Majah meriwayatkan hadith ini seperti berikut :
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا مَعْنُ بْنُ عِيسَى عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ صَالِحٍ عَنْ حَاتِمِ بْنِ حُرَيْثٍ عَنْ مَالِكِ بْنِ أَبِي مَرْيَمَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ غَنْمٍ الْأَشْعَرِيِّ عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْأَشْعَرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا يُعْزَفُ عَلَى رُءُوسِهِمْ بِالْمَعَازِفِ وَالْمُغَنِّيَاتِ يَخْسِفُ اللَّهُ بِهِمْ الْأَرْضَ وَيَجْعَلُ مِنْهُمْ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ
Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Ma'n bin Isa dari Mu'awiyah bin Shalih dari Hatim bin Huraits dari Malik bin Abu Maryam dari Abdurrahman bin Ghanm Al Asy'ari dari Abu Malik Al Asy'ari dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sungguh, sebagian dari ummatku akan meminum khamer yang mereka namai dengan selain namanya, akan bernyanyi dengan para biduan disertai dengan alat musik. Allah akan menutupi kehidupan mereka dan akan menjadikan sebagian mereka kera dan babi." – Hadith ke-4010 riwayat Ibnu Majah.
Kesimpulan : Hadith yang diriwayatkan oleh selain daripada Hisham bin 'Ammar ini menjadikan balasan buruk kepada mereka yang minum arak, dan bukanlah alatan muzik itu melainkan pelengkap dan perbuatan sampingan yang ditempelkan. Maka, ia tidak boleh dijadikan dalil kepada pengharaman nyanyian yang menggunakan alatan muzik bagi pihak yang melihat kepada kecacatan yang ada padanya.
3) Hadith pengharaman gendang, iaitu :
حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَقَ عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي حَبِيبٍ عَنْ الْوَلِيدِ بْنِ عَبْدَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَالْكُوبَةِ وَالْغُبَيْرَاءِ وَقَالَ كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ قَالَ أَبُو دَاوُد قَالَ ابْنُ سَلَامٍ أَبُو عُبَيْدٍ الْغُبَيْرَاءُ السُّكْرُكَةُ تُعْمَلُ مِنْ الذُّرَةِ شَرَابٌ يَعْمَلُهُ الْحَبَشَةُ
Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'il telah menceritakan kepada kami Hammad dari Muhammad bin Ishaq dari Yazid bin Abu Habib dari Al Walid bin 'Abdah dari Abdullah bin 'Amru bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melarang arak, judi, gendang kecil, Al Ghubaira` (jenis minuman yang terbuat dari jagung). Dan beliau bersabda: "Segala yang memabukkan adalah haram." Abu Daud berkata, "Ibnu Salam Abu 'Ubaid berkata, "Al Ghubaira` adalah sukrukah yang terbuat dari jagung, yaitu minuman yang dibuat oleh orang-orang Habasyah." – Hadith ke-3200 riwayat Abu Daud.
Selain itu, terdapat juga riwayat lain yang menyebutkan :
روى أحمد عن ابن عباس أن النبي (ص) قال لوفد عبد القيس : إن الله حرم علي أو حرم الخمر والميسر والكوبة, وكل مسكر حرام
Maksudnya : Diriwayatkan Imam Ahmad daripada Ibnu Abbas bahawa Nabi S.A.W. telah berkata kepada rombongan Abdul Qais : Sesunggunya Allah S.W.T mengharamkan ke atasku atau mengharamkan arak, judi, dan gendang, dan segala yang memabukkan itu haram.
Cuma, beberapa perbahasan yang perlu dilihat pada sanad dan juga lafaz hadith iaitu :
• Imam As-Syaukani menyebutkan di dalam kitab Nailul Authar bahawa Imam Ibnu Hajar Al-'Asqolani berdiam diri terhadap riwayat ini di dalam kitabnya Al-Talkhis Al-Habir dan pada sanadnya terdapat perawi yang bernama Al-Walid bin 'Abdah. Imam Abu Hatim Ar-Razi mengatakan : Dia seorang yang tidak dikenali. Imam Al-Munzhiri berkata : Hadith ini mempunyai kecacatan.
• Syeikh Syakir telah mengatakan sohih pada sanad hadith Ibnu Abbas di dalam kitab takhrijnya ke atas Musnad Imam Ahmad. Namun, pada susur galur perawinya terdapat Ibnu Buzaimah yang pernah disebutkan oleh Imam Ahmad : Baik pada hadith, tetapi dia merupakan antara pemuka dalam mazhab Syiah. (Baik pada hadith akan menjadikan darjatnya hasan).
• Perselisihan pada maksud الكوبة, Ibnu Buzaimah mengatakan ia adalah gendang, Ibnu Al-'Arabi mengatakan ia adalah dadu begitu juga dengan Al-Khattabi dan Abu 'Ubaid di dalam kitab Gharib Al-Hadith. Sama seperti maksud kalimah الغبيراء ; sebahagian daripada ulama' mengatakan ia adalah alatan muzik bertali, dan ada juga yang berpendapat ia merupakan tuak (memabukkan) yang dibuat daripada jagung atau gandum.
Di dalam kitab Fiqh Al-Ghina' Wal Musiqi fi Dhau Al-Quran Wa As-Sunnah, Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyebutkan makna yang paling layak diertikan kepada kalimah الكوبة ialah dadu, dan الغبيراء sebagai tuak yang memabukkan.
4) Hadith 'Uqbah bin 'Amir, iaitu :
حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ يَزِيدَ بْنِ جَابِرٍ حَدَّثَنِي أَبُو سَلَّامٍ عَنْ خَالِدِ بْنِ زَيْدٍ عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُدْخِلُ بِالسَّهْمِ الْوَاحِدِ ثَلَاثَةَ نَفَرٍ الْجَنَّةَ صَانِعَهُ يَحْتَسِبُ فِي صَنْعَتِهِ الْخَيْرَ وَالرَّامِيَ بِهِ وَمُنْبِلَهُ وَارْمُوا وَارْكَبُوا وَأَنْ تَرْمُوا أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ تَرْكَبُوا لَيْسَ مِنْ اللَّهْوِ إِلَّا ثَلَاثٌ تَأْدِيبُ الرَّجُلِ فَرَسَهُ وَمُلَاعَبَتُهُ أَهْلَهُ وَرَمْيُهُ بِقَوْسِهِ وَنَبْلِهِ وَمَنْ تَرَكَ الرَّمْيَ بَعْدَ مَا عَلِمَهُ رَغْبَةً عَنْهُ فَإِنَّهَا نِعْمَةٌ تَرَكَهَا أَوْ قَالَ كَفَرَهَا
Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Sa'id bin Manshur, telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Al Mubarak, telah menceritakan kepadaku Abdurrahman bin Yazid bin Jabir, telah menceritakan kepadaku Abu Sallam, dari Khalid bin Zaid dari 'Uqbah, ia berkata; saya mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata: "Sesungguhnya Allah memasukkan tiga orang ke dalam surga karena satu anak panah, yaitu: Pembuatnya yang menginginkan kebaikan dalam membuatnya, orang yang memanah dengannya, serta orang yang mengambilkan anak panah untuknya. Panah dan naiklah kuda, kalian memanah adalah lebih aku sukai daripada kalian menaiki kuda. Bukan termasuk hiburan (yang disunahkan) kecuali tiga perkara: seseorang melatih kudanya, bercanda dengan isterinya, dan memanah menggunakan busurnya serta anak panahnya. Dan barangsiapa yang meninggalkan memanah setelah ia mengetahuinya karena tidak senang kepadanya maka sesungguhnya hal tersebut adalah kenikmatan yang ia tinggalkan atau ia berkata: yang ia ingkari." – Hadith ke-2152 riwayat Imam Abu Daud.
Terdapat beberapa pandangan ulama' terhadap hadith ini :
a) Sebahagian daripada mereka mengatakannya ia adalah hadith yang lemah, dan sandaran kepadanya tidak boleh dijadikan hujah.
b) Imam Ghazali menyebutkan di dalam kitabnya Al-Ihya' bahawa kalimah باطل (terdapat dalam riwayat Imam At-Tirmidzi) bermaksud tidak memberikan faedah, bukannya ia adalah haram.
c) Pengecualian tiga perkara ini sahaja tidak dipersetujui kerana terdapat hadith di dalam Sohih Al-Bukhari dan Sohih Muslim yang mengharuskan hiburan dengan perbuatan Saidatina Aisyah menyaksikan orang Habsyah bermain pedang, dan ia tidak termasuk dalam tiga pembahagian ini.
d) Menggauli isteri seperti yang disebutkan di dalam hadith akan menimbulkan kelazatan, begitu juga dengan mendengar nyayian yang disertai muzik.
5) Antara dalil lain yang dijadikan sandaran juga ialah :
حَدَّثَنَا صَالِحُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ التِّرْمِذِيُّ حَدَّثَنَا الْفَرَجُ بْنُ فَضَالَةَ أَبُو فَضَالَةَ الشَّامِيُّ عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرِو بْنِ عَلِيٍّ عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا فَعَلَتْ أُمَّتِي خَمْسَ عَشْرَةَ خَصْلَةً حَلَّ بِهَا الْبَلَاءُ فَقِيلَ وَمَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا كَانَ الْمَغْنَمُ دُوَلًا وَالْأَمَانَةُ مَغْنَمًا وَالزَّكَاةُ مَغْرَمًا وَأَطَاعَ الرَّجُلُ زَوْجَتَهُ وَعَقَّ أُمَّهُ وَبَرَّ صَدِيقَهُ وَجَفَا أَبَاهُ وَارْتَفَعَتْ الْأَصْوَاتُ فِي الْمَسَاجِدِ وَكَانَ زَعِيمُ الْقَوْمِ أَرْذَلَهُمْ وَأُكْرِمَ الرَّجُلُ مَخَافَةَ شَرِّهِ وَشُرِبَتْ الْخُمُورُ وَلُبِسَ الْحَرِيرُ وَاتُّخِذَتْ الْقَيْنَاتُ وَالْمَعَازِفُ وَلَعَنَ آخِرُ هَذِهِ الْأُمَّةِ أَوَّلَهَا فَلْيَرْتَقِبُوا عِنْدَ ذَلِكَ رِيحًا حَمْرَاءَ أَوْ خَسْفًا وَمَسْخًا قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ مِنْ حَدِيثِ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ وَلَا نَعْلَمُ أَحَدًا رَوَاهُ عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ الْأَنْصَارِيِّ غَيْرَ الْفَرَجِ بْنِ فَضَالَةَ وَالْفَرَجُ بْنُ فَضَالَةَ قَدْ تَكَلَّمَ فِيهِ بَعْضُ أَهْلِ الْحَدِيثِ وَضَعَّفَهُ مِنْ قِبَلِ حِفْظِهِ وَقَدْ رَوَاهُ عَنْهُ وَكِيعٌ وَغَيْرُ وَاحِدٍ مِنْ الْأَئِمَّةِ
Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Shalih bin 'Abdillah At Tirmidzi telah menceritakan kepada kami Al Faraj bin Fadlalah Abu Fadlalah Asy Syami telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa'id dari Muhammad bin 'Amru bin 'Ali dari 'Ali bin Abu Tholib berkata bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Jika ummatku mengerjakan lima belas perkara maka bencana pasti akan menimpa mereka, " ditanyakan kepada beliau: Apa perkara itu wahai Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam? beliau menjawab: "Apabila harta rampasan dimonopoli kelompok tertentu, amanat dijadikan harta rampasan, zakat dijadikan sebagai denda, laki laki tunduk kepada istrinya, durhaka kepada ibunya, berbuat baik kepada temannya, kasar terhadap bapaknya, meninggikan suara di masjid masjid, pemimpin suatu kaum adalah orang yang paling hina, seseorang dihormati karena dikhawatirkan dari kejahatannya, meminum khomer, memakai sutra, mengambil para wanita penyanyi dan alat alat musik, dan akhir ummat ini melaknat orang orang pendahulu, maka tunggulah saat itu akan datang angin merah atau longsor atau diganti rupanya." Abu Isa berkata: Hadits gharib, kami tidak mengetahuinya dari hadits Ali bin Abu Tholib kecuali dari jalur sanad ini, dan kami tidak mengetahui seorangpun yang telah meriwayatkannya dari Yahya bin Sa'id Al Anshari selain dari Al Faraj bin Fadlalah, sebagian ahli hadits telah membicarakannya dalam hadits ini dan melemahkannya dari sisi hafalannya, Waki' dan para ulama yang lain telah meriwayatkan hadits darinya. – Hadith ke-2136 riwayat Imam At-Tirmidzi.
Antara komentar para ulama' hadith :
a) Sanadnya terputus di antara Saidina Ali dan Muhammad bin 'Amru bin Ali bin Abu Thalib, dan riwayat yang terputus termasuk dalam kategori hadith yang lemah.
b) Imam Ibnu Hajar Al-'Asqolani mengatakan pada Muhammad bin 'Amru bin Ali bin Abu Thalib : dia seorang yang tidak dikenali, dan riwayat orang yang tidak dikenali termasuk dalam kategori hadith yang lemah.
c) Perawi yang bernama Al-Faraj bin Fadlalah, ramai di kalangan ulama' hadith mengatakan dia seorang yang lemah seperti Imam An-Nasai, Imam Ibnu Hajar Al-'Asqolani, Imam Ad-Daruquthni dan sebagainya.
6) Dalil lain yang digunakan sebagai sandaran :
حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ مُوسَى عَنْ نَافِعٍ مَوْلَى ابْنِ عُمَرَ أَنَّ ابْنَ عُمَرَ سَمِعَ صَوْتَ زَمَّارَةِ رَاعٍ فَوَضَعَ أُصْبُعَيْهِ فِي أُذُنَيْهِ وَعَدَلَ رَاحِلَتَهُ عَنْ الطَّرِيقِ وَهُوَ يَقُولُ يَا نَافِعُ أَتَسْمَعُ فَأَقُولُ نَعَمْ فَيَمْضِي حَتَّى قُلْتُ لَا فَوَضَعَ يَدَيْهِ وَأَعَادَ رَاحِلَتَهُ إِلَى الطَّرِيقِ وَقَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَسَمِعَ صَوْتَ زَمَّارَةِ رَاعٍ فَصَنَعَ مِثْلَ هَذَا
Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Al Walid telah menceritakan kepada kami Sa'id bin Abdul Aziz dari Sulaiman bin Musa dari Nafi' mantan budak Ibnu Umar, bahwa Ibnu Umar pernah mendengar suara seruling penggembala, ia pun menutup telinganya dengan jarinya dan membelokkan arah kendaraannya dari jalan. Ia lalu bertanya, "Wahai Nafi', apakah engkau masih mendengarnya?" Aku pun menjawab, "Masih." Ibnu Umar pun berjalan lagi hingga aku mengatakan, "Tidak dengar." Maka ia pun melepas kedua tangannya dan mengembalikan kendaraannya pada jalan semula. Kemudian ia mengatakan, "Aku pernah melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ketika mendengar suara seruling penggembala, beliau berbuat seperti ini." – Hadith ke-4307 riwayat Imam Ahmad.
Antara komentar ulama' hadith padanya ialah :
a) Pada sanadnya terdapat perawi yang bernama Sulaiman bin Musa, sebahagian ulama' mengatakan dia seorang yang thiqah seperti Yahya bin Ma'in dan Muhammad bin Saad manakala sebahagian yang lain mengatakan dia adalah seorang yang lemah kerana lemah hafalannya seperti Imam An-Nasai. Imam Bukhari mengatakan : Di sisinya ada hadith-hadith yang munkar.
b) Hadith dengan maksud yang sama diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, dan beliau mengatakan pada riwayatnya bahawa hadith itu munkar (hadith munkar meruapakan salah satu daripada kategori hadith yang lemah).
c) Jika perkara tersebut haram, nescaya Nabi S.A.W akan melarang Ibnu Umar mendengarnya (tetapi yang disebutkan hanyalah perbuatan Ibnu Umar yang mengikut perbuatan Nabi S.A.W), dan nescaya beliau akan menyuruh Nafi' supaya berbuat demikian (menutup telinga) tetapi tidak dilakukan. Maka, perbuatan baginda yang tidak mengingkari tiupan seruling itu bukan menunjukkan ia haram tetapi halal (dengan dihukumkan perbuatannya makruh) bahkan baginda cuba mengelak daripada mendengarnya menunjukkan Nabi S.A.W. mengelak daripada perkara yang diharuskan seperti makan bersandar, menyimpan wang dinar atau dirham dan sebagainya.
7) Hadith :
حَدَّثَنَا عَبَّادُ بْنُ يَعْقُوبَ الْكُوفِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ الْقُدُّوسِ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ هِلَالِ بْنِ يَسَافٍ عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فِي هَذِهِ الْأُمَّةِ خَسْفٌ وَمَسْخٌ وَقَذْفٌ فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَتَى ذَاكَ قَالَ إِذَا ظَهَرَتْ الْقَيْنَاتُ وَالْمَعَازِفُ وَشُرِبَتْ الْخُمُورُ قَالَ أَبُو عِيسَى وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ سَابِطٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرْسَلٌ وَهَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ
Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami 'Abbad bin Ya'qub Al Kufi telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Abdul Quddus telah menceritakan kepada kami Al A'masy dari Hilal bin Yasaf dari 'Imran bin Hushain Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Akan terjadi pada ummat ini bencana longsor, digantinya rupanya dan angin ribut yang menghempaskan manusia, " bertanyalah seseorang dari kaum muslimin: Wahai Rasulullah, kapan itu terjadi? beliau menjawab: "Apabila bermunculan para wanita penyanyi dan alat alat musik dan orang meminum minuman khamar." Abu Isa berkata: Hadits ini diriwayatkan dari Al A'masy dari Abdurrahman bin Tsabit dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Salam secara mursal dan hadits ini gharib. – Hadith ke-2138 riwayat Imam At-Tirmidzi.
Pandangan ulama' hadith padanya :
a) Di dalam sanadnya terdapat Abdullah bin Abdul Quddus yang banyak dikatakan oleh mereka bahawa beliau seorang yang lemah.
b) Abbad bin Ya'kub juga dikatakan pada hafalannya yang lemah, dan hadith riwayat perawi yang lemah hafalannya boleh menyebabkan hadithnya lemah.
8) Dakwaan kaedah Sadd Az-Zaraie' (Menghalang jalan ke arah perkara keburukan)
Antara hujah yang digunakan bagi mereka yang mengharamkan nyanyian dan alatan muzik ialah dengan melihat kepada keadaan semasa pada zaman sekarang, apabila banyak kemungkaran berlaku. Salah satu punca ke arah kerosakan ini ialah berleluasanya jalan-jalan yang membawa kepadanya antaranya ialah alatan muzik dan nyanyian.
Cuma, apa yang perlu diperhatikan ialah penggunaan alatan muzik dan nyanyian ini telah tersebar secara meluasnya pada zaman sekarang sehingga masuk ke dalam radio dan televisyen, dan keduanya merupakan antara perkara yang berada di dalam rumah dan kehidupan kita. Sedangkan kaedah Sadd Az-Zaraei' ini memerlukan kepada panduan dan digunakan sesuai pada tempatnya. Imam Al-Qurafi menyatakan bahawa kaedah ini mempunyai 3 bahagian :
• Bahagian yang disepakati ulama' supaya ia dihalang/ditutup.
• Bahagian yang disepakati ulama' untuk membenarkannya/membukanya.
• Bahagian yang menjadi perselisihan antara keduanya.
Bahagian pertama menyatakan wajib perkara ini dihalang kerana ia mendatangkan mudharat yang lebih besar. Contohnya, terdapat perigi atau lubang besar di tengah-tengah laluan manusia. Maka, lubang tersebut perlu ditutup supaya kemudharatan lain seperti kemalangan, dan sebagainya dapat dielakkan.
Bahagian kedua pula ialah dengan membenarkan ia diperbuat disebabkan kemudharatan yang bakal datang itu jarang berlaku dan manfaat yang besar akan hilang jika ia dihalang. Contohnya, harus untuk mengusahakan penanaman anggur walaupun ada kemungkinan ia dijadikan bahan untuk membuat arak tetapi manfaat lain yang banyak akan hilang jika ia dihalang.
Bahagian ketiga yang berlaku perselisihan ialah perbuatan yang menjurus ke arah kerosakan tetapi masih boleh dielakkan dengan beberapa panduan tertentu. Perbahasan kita tentang nyanyian dan alatan muzik ini merupakan salah satu contoh perkara yang termasuk di dalamnya.
9) Penggunaan alasan mengelakkan daripada terjerumus ke dalam syubhat(ragu-ragu).
Hadith Nabi S.A.W. ada menyebutkan :
حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا زَكَرِيَّاءُ عَنْ عَامِرٍ قَالَ سَمِعْتُ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ يَقُول سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْحَلَالُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا مُشَبَّهَاتٌ لَا يَعْلَمُهَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ فَمَنْ اتَّقَى الْمُشَبَّهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ كَرَاعٍ يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يُوَاقِعَهُ أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلَا إِنَّ حِمَى اللَّهِ فِي أَرْضِهِ مَحَارِمُهُ أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Abu Nu'aim Telah menceritakan kepada kami Zakaria dari 'Amir berkata; aku mendengar An Nu'man bin Basyir berkata; aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Yang halal sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas. Namun diantara keduanya ada perkara syubhat (samar) yang tidak diketahui oleh banyak orang. Maka barangsiapa yang menjauhi diri dari yang syubhat berarti telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang sampai jatuh (mengerjakan) pada perkara-perkara syubhat, sungguh dia seperti seorang penggembala yang menggembalakan ternaknya di pinggir jurang yang dikhawatirkan akan jatuh ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki batasan, dan ketahuilah bahwa batasan larangan Allah di bumi-Nya adalah apa-apa yang diharamkan-Nya. Dan ketahuilah pada setiap tubuh ada segumpal darah yang apabila baik maka baiklah tubuh tersebut dan apabila rusak maka rusaklah tubuh tersebut. Ketahuilah, ia adalah hati". (Hadith ke-50 riwayat Imam Al-Bukhari)
Imam As-Syaukani menyebutkan di dalam kitab Nailul Authar tentang perbahasan nyanyian, ada pendapat yang membolehkan, ada yang mengharamkan, ada yang mengatakan ia makruh, dan ada yang memperincikan. Sedangkan beliau cenderung kepada pendapat yang membenarkannya kerana kuat sandaran dalil yang digunakan.
Pandangan Dr. Yusuf Al-Qardhawi tentang masalah syubhat : perkara meninggalkan syubhat bukan suatu kewajipan di dalam agama tetapi merupakan perkara yang digalakkan yang tinggi tuntutannya berdasarkan jenis syubhat. Namun, hanya perkara yang menjadi kesamaran sahaja boleh dimasukkan ke dalam bahagian syubhat, sedangkan yang menjadi perbahasan dan terdapat dua pendapat (salah satunya membernarkan dan yang lainnya tidak membenarkan) ia tidak dikira sebagai perkara syubhat.
Beliau juga menambah bahawa perkara syubhat yang perlu dijauhi itu ialah perkara yang mendatangkan keraguan yang tinggi sedangkan keraguan yang sedikit/lemah itu tidak dikira. Perbuatan yang termasuk dalam haram (menurut pendapat yang menyatakan ia haram) pula tidak boleh dikatakan perbuatan tersebut termasuk dalam perkara yang diragui.
Kaedah ini juga dilihat perlu disesuaikan pada keadaan semasa. Ia juga bertentangan dengan kaedah mendahulukan perkara mudah di dalam agama (bukan bermudah-mudah) yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Kebanyakan keadaan yang berlaku pada umat akhir zaman ini menuntut kepada seorang yang 'alim itu untuk memberikan kemudahan kepada mereka.
Pendapat Yang Membenarkan Nyanyian Dan Alatan Muzik
1) Kaedah : Asal setiap sesuatu perkara adalah harus. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah :
29. Dia lah (Allah) Yang menjadikan untuk kamu Segala Yang ada di bumi, kemudian ia menuju Dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit Dengan sempurna; dan ia Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Sesuatu perkara yang diharamkan pula perlulah mempunyai sandaran Al-Quran dan As-Sunnah di samping ijma' (persepakatan) ulama'. Jika ada dalil sohih yang tidak jelas pernyataannya (masih boleh ditimbulkan kemungkinan), atau tidak sohih tetapi jelas, tidak berlakunya persepakatan ulama' dalam sesuatu masalah maka perkara ini tidak menjejaskan keharusannya dan termasuk dalam antara perkara yang diharuskan. Firman Allah S.W.T. di dalam Surah Al-An'am :
119. dan tidak ada sebab bagi kamu, (yang menjadikan) kamu tidak mahu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) Yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa Yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa Yang kamu terpaksa memakannya? dan Sesungguhnya kebanyakan manusia hendak menyesatkan Dengan hawa nafsu mereka Dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang melampaui batas.
Hadith Rasulullah S.A.W. ada menyebutkan :
ما أحل الله في كتابه فهو حلال, وما حرم فهو حرام, وما سكت عنه فهو عفو, فاقبلوا من الله عافيته, فإن الله لم يكن لينسى شيئا. وتلا وما كان ربك نسيا
Maksudnya : Apa yang Allah halalkan di dalam kitabNya ia adalah halal, dan apa yang Dia haramkan ia adalah haram. Perkara yang tidak disebutkan pula ia dimaafkan, maka terimalah kemaafan daripada Allah S.W.T., sesungguhnya Allah sekali-kali tidak melupakan sesuatu. Kemudian baginda membaca (وما كان ربك نسيا) ; Surah Maryam ayat 64.- Hadith diriwayatkan oleh Imam Hakim daripada Abu Dardaa' dan beliau mengatakan ia sohih, dan turut diriwayatkan oleh Al-Bazar).
2) Firman Allah S.W.T. di dalam Surah Al-A'raf :
157. "Iaitu orang-orang Yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi Yang Ummi, Yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di Dalam Taurat dan Injil Yang ada di sisi mereka. ia menyuruh mereka Dengan perkara-perkara Yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara Yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka Segala benda Yang baik, dan mengharamkan kepada mereka Segala benda Yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu Yang ada pada pada mereka. maka orang-orang Yang beriman kepadaNya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut Nur (cahaya) Yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang Yang berjaya.
Di dalam ayat ini, Allah menjelaskan bahawa setiap perkara yang mendatangkan kebaikan itu dihalalkan dan diharamkan perkara yang mendatangkan keburukan. Perkara yang baik itu merangkumi semua yang diharuskan, kebanyakannya merupakan perkara yang mendatangkan kelazatan dan kenikmatan. Melalui ayat ini, para ulama’ pada pandangan yang mengharuskan nyanyian dan penggunaan alatan muzik berpendapat ia termasuk dalam “segala yang baik” seperti dalam tafsiran ayat.
Imam Ghazali pernah menyebutkan di dalam kitab beliau, Ihya' Ulumuddin tentang firman Allah S.W.T. di dalam Surah Luqman :
19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
; ia menunjukkan – kefahaman berlawanan – bahawa suara yang dipuji ialah suara yang baik dan sedap didengari.
3) Hadith Nabi S.A.W. :
حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عِيسَى قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ قَالَ أَخْبَرَنَا عَمْرٌو أَنَّ مُحَمَّدَ بْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْأَسَدِيَّ حَدَّثَهُ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ تُغَنِّيَانِ بِغِنَاءِ بُعَاثَ فَاضْطَجَعَ عَلَى الْفِرَاشِ وَحَوَّلَ وَجْهَهُ وَدَخَلَ أَبُو بَكْرٍ فَانْتَهَرَنِي وَقَالَ مِزْمَارَةُ الشَّيْطَانِ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَقْبَلَ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ عَلَيْهِ السَّلَام فَقَالَ دَعْهُمَا فَلَمَّا غَفَلَ غَمَزْتُهُمَا فَخَرَجَتَا وَكَانَ يَوْمَ عِيدٍ يَلْعَبُ السُّودَانُ بِالدَّرَقِ وَالْحِرَابِ فَإِمَّا سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَإِمَّا قَالَ تَشْتَهِينَ تَنْظُرِينَ فَقُلْتُ نَعَمْ فَأَقَامَنِي وَرَاءَهُ خَدِّي عَلَى خَدِّهِ وَهُوَ يَقُولُ دُونَكُمْ يَا بَنِي أَرْفِدَةَ حَتَّى إِذَا مَلِلْتُ قَالَ حَسْبُكِ قُلْتُ نَعَمْ قَالَ فَاذْهَبِي
Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin 'Isa berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu Wahb berkata, telah mengabarkan kepada kami 'Amru bahwa Muhammad bin 'Abdurrahman Al Asadi menceritakan kepadanya dari 'Urwah dari 'Aisyah ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam masuk menemuiku saat ketika di sisiku ada dua budak wanita yang sedang bersenandung dengan lagu-lagu (tentang perang) Bu'ats. Maka beliau berbaring di atas tikar lalu memalingkan wajahnya, kemudian masuklah Abu Bakar mencelaku, ia mengatakan, "Seruling-seruling setan (kalian perdengarkan) di hadapan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam!" Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lantas memandang kepada Abu Bakar seraya berkata: "Biarkanlah keduanya." Setelah beliau tidak menghiraukan lagi, aku memberi isyarat kepada kedua sahaya tersebut agar lekas pergi, lalu keduanya pun pergi. Saat Hari Raya 'Ied, biasanya ada dua budak Sudan yang memperlihatkan kebolehannya mempermainkan tombak dan perisai. Maka adakalanya aku sendiri yang meminta kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, atau beliau yang menawarkan kepadaku: "Apakah kamu mau melihatnya?" Maka aku jawab, "Ya, mau." Maka beliau menempatkan aku berdiri di belakangnya, sementara pipiku bertemu dengan pipinya sambil beliau berkata: "Teruskan hai Bani Arfadah!" Demikianlah seterusnya sampai aku merasa bosan lalu beliau berkata: "Apakah kamu merasa sudah cukup?" Aku jawab, "Ya, sudah." Beliau lalu berkata: "Kalau begitu pergilah." – Hadith ke-897 riwayat Imam Bukhari.
Hadith di atas menunjukkan keharusan yang diberikan kepada baginda untuk dimainkan alatan muzik, tetapi ia diingkari oleh Abu Bakar pada mulanya. Hal ini kerana beliau masuk dan melihat ia dimainkan sedangkan baginda dalam keadaan tertutup badannya dengan pakaian dan beliau menyangka mereka memainkan dalam keadaan baginda sedang tidur. Imam Al-Alusi pernah menyebutkan di dalam kitab fathul Bari karangan Imam Ibnu Hajar Al-'Asqalani bahawa : Satu kumpulan orang sufi menggunakan hadith ini sebagai dalil akan harusnya nyanyian dan diperdengarkannya samada dengan disertakan alatan atau tidak.
Namun, ada lontaran yang dikemukakan oleh mereka yang tidak membenarkannya iaitu :
a) Dua penyanyi itu masih kecil ; jawapan – hadith tidak menyatakan samada penyanyi masih kecil atau tidak, dan kemarahan Saidina Abu Bakar menunjukkan keduanya bukanlah kanak-kanak tetapi dua orang gadis dewasa.
b) Ada dalam riwayat yang lain menyatakan bahawa dua orang wanita tersebut bukanlah penyanyi ; dijawab bahawa perbahasan ini tidak membicarakan tentang pekerjaan mereka samada penyanyi atau tidak tetapi lebih menjurus keadaan perbuatan keduanya yang menyanyi dengan menggunakan alatan muzik.
c) Hadith ini hanya membenarkan nyanyian ketika perayaan sahaja ; dijawab dengan dua perkara :
• Walupun ia merupakan hari perayaan tetapi Islam masih tidak membenarkan segala yang haram dan membenarkan perkara yang diharuskan. Kalaulah nyanyian dan alatan muzik itu haram nescaya baginda akan melarang ia dimainkan.
• Digalakkan pada hari raya untuk kita bergembira dengan kadar yang dibenarkan, cuma dikiaskan kepada hari perayaan kerana ia merupakan antara hari manusia bergembira.
4) Hadith :
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ أَبِي الْحُسَيْنِ اسْمُهُ خَالِدٌ الْمَدَنِيُّ قَالَ كُنَّا بِالْمَدِينَةِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَالْجَوَارِي يَضْرِبْنَ بِالدُّفِّ وَيَتَغَنَّيْنَ فَدَخَلْنَا عَلَى الرُّبَيِّعِ بِنْتِ مُعَوِّذٍ فَذَكَرْنَا ذَلِكَ لَهَا فَقَالَتْ دَخَلَ عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَبِيحَةَ عُرْسِي وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ يَتَغَنَّيَتَانِ وَتَنْدُبَانِ آبَائِي الَّذِينَ قُتِلُوا يَوْمَ بَدْرٍ وَتَقُولَانِ فِيمَا تَقُولَانِ وَفِينَا نَبِيٌّ يَعْلَمُ مَا فِي غَدٍ فَقَالَ أَمَّا هَذَا فَلَا تَقُولُوهُ مَا يَعْلَمُ مَا فِي غَدٍ إِلَّا اللَّهُ
Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah berkata; telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun berkata; telah menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah dari Abu Al Husain -namanya adalah Khalid Al Madani- ia berkata; "Pada hari Asyura kami berada di Madinah sementara para budak wanita memukul-mukul rebana dan bernyanyi. Kami lalu menemui Ar Rubai' binti Mu'awwidz dan menyebutkan hal itu kepadanya, ia menjawab; "Di hari pernikahanku Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam masuk ke rumahku di saat hari masih pagi, sementara di sisiku ada dua orang budak wanita yang sedang memukul rebana dan bernyanyi memuji bapak-bapak kami yang gugur pada perang badar, hingga mereka mengucapkan apa yang mereka ucapkan, padahal di sisi kami ada Nabi yang mengetahui apa yang akan terjadi di masa yang akan datang. Maka beliau pun bersabda: 'Jangan kalian ucapkan, sebab tidak ada yang tahu apa yang terjadi di masa datang selain Allah." – Hadith ke-1887 riwayat Imam Ibnu Majah.
Hadith di atas menunjukkan nyanyian dan alatan muzik dibenarkan, dan dengan tidak hanya menghadkan ia dimainkan ketika peristiwa tertentu (kiasan kepada hari raya seperti perbahasan hadith sebelumnya).
5) Hadith :
حَدَّثَنَا الْفَضْلُ بْنُ يَعْقُوبَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَابِقٍ حَدَّثَنَا إِسْرَائِيلُ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا زَفَّتْ امْرَأَةً إِلَى رَجُلٍ مِنْ الْأَنْصَارِ فَقَالَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا عَائِشَةُ مَا كَانَ مَعَكُمْ لَهْوٌ فَإِنَّ الْأَنْصَارَ يُعْجِبُهُمْ اللَّهْوُ
Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Al Fadllu bin Ya'qub Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Sabiq Telah menceritakan kepada kami Isra'il dari Hisyam bin Urwah dari bapaknya dari Aisyah bahwa ia menyerahkan pengantin wanita kepada seorang laki-laki dari kalangan Anshar. Kemudian Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pun bersabda: "Wahai Aisyah, apakah tidak ada hiburan, sebab orang-orang Anshar senang akan hiburan?." – Hadith ke-4765 riwayat Imam Bukhari.
Diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban di dalam kitabnya, daripada Saidatina Aisyah telah berkata :
كان في حجري جارية من الأنصار, فزوجتها, فدخل على رسول الله يوم عرسها, فلم يسمع غناء ولا لهوا, فقال : يا عائشة هل غنيتم عليها؟ ثم قال : إن هذا الحي من الأنصار يحبون الغناء
Maksudnya : Ada seorang budak perempuan yang aku asuh, dan aku menikahkannya. Kemudian baginda S.A.W. datang ketika majlis pernikahannya dan tidak mendengar nyanyian atau hiburan, baginda bersabda : Wahai Aisyah adakah kamu menyanyi kepadanya? Beliau bersabda lagi : Sesungguhnya kaum Ansar suka akan nyanyian.
Hadith yang disebutkan di atas menunjukkan kepada kita bahawa baginda meraikan adat dan perbuatan suatu kaum di sesebuah tempat. Selain itu, ada di kalangan perbuatan para sahabat yang menunjukkan bahawa mereka juga turut mengambil nyanyian dalam alatan muzik sebagai hiburan :
a) Abdullah bin Ja'far bin Abu Talib, apabila Imam Ibnu Abdul Barr menyatakan : beliau berpendapat bahawa nyanyian itu tidak mengapa. Imam Abu Mansur Al-Baghdadi menyebutkan di dalam kitabnya (As-Sama') : Abdullah bin Ja'far – yang mempunyai ketinggian peribadi – mendengar nyanyian daripada jariahnya (budak-budak perempuannya), dan beliau mendengar nyanyian mereka beserta alatan muzik yang bertali.
b) Abdullah bin Az-Zubair : beliau mempunyai jiran yang bermain dengan kecapi, suatu hari Ibnu Umar datang kepadanya dan melihat terdapat kecapi. Beliau bertanya : Apakah ini wahai sahabat Rasulullah S.A.W.? beliau mengambil dan menelitinya serta berkata : Ini alat orang Syam. Lalu Ibnu Az-Zubair berkata : Ia boleh menenangkan fikiran.
c) Al-Mughirah bin Syu'bah dan Ibnu Al-'Ash, yang disebutkan oleh Syeikh Tajuddin Al-Fazari dan selainnya yang menyatakan beliau mendengar nyanyian.
d) Muawiyah bin Abu Sufyan, beliau mendengar nyanyian yang dimainkan bersama kecapi oleh anaknya Yazid.
Pendirian Beberapa Orang Sahabat
a) Ibnu Mas'ud, beliau merupakan antara sahabat yang cukup keras pendiriannya terhadap nyanyian apabila pernah menyebutkan : Nyanyian akan menimbulkan sifat munafik di dalam hati. Pendirian ini terus menjadi pegangan Mazhab Abu Hanifah yang melarang akan nyanyian disebabkan perkembangan mazhab ini berlaku di Madrasah Sa'udiah di Kufah yang diasaskan oleh Ibnu Mas'ud. Antara ulama' yang lahir daripada institusi ini ialah Al-Aswad, 'Alqamah, Ibrahim An-Nakhaei, Hammad dan lain-lain.
b) Perbezaan pendirian Ibnu Umar, diriwayatkan oleh Ibnu Hazam bahawa beliau membenarkan penjualan sebahagian penyanyi wanita kepada Abdullah bin Ja'far. Tetapi disebutkan di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam Ghazali bahawa beliau menyatakan hujah-hujah pandangan yang mengharamkan nyanyian. Selain itu, ada riwayat daripada kisah beliau bersama Nafi' apabila beliau menutup telinga ketika mendengar bunyi seruling (hadith ke-4307 riwayat Imam Ahmad) :
• Bunyi ini boleh menghalang timbulnya perasaan lazat dalam beribadah kepada Allah S.W.T kerana mereka mendengarnya ketika ingin menuju ke Baitullah.
• Perbuatan menutup telinga dengan jari kerana ingin mengelakkan daripada gangguan dan hiburan ketika berada dalam keadaan ihram. Ia tidak menunjukkan kepada pengharaman tetapi meninggalkan/tidak mendengar itu lebih baik.
Pendapat Para Ulama'
a) Imam Abu Hanifah, beliau dan Sufyan As-Tsauri pernah ditanya tentang nyanyian maka mereka berdua menjawab : Ia bukan daripada dosa besar dan juga bukan daripada seburuk-buruk dosa kecil. Imam Ibnu Qutaibah pernah menyebutkan bahawa Imam Abu Hanifah pernah bernyanyi kepada Abu Yusuf, di samping itu beliau juga mempunyai seorang jiran yang sering bernyanyi setiap malam dan mendengarkan nyanyian itu daripadanya :
أضاعوني وأي فتى أضاعوا ليوم كريهة وسداد ثغر
Perbuatan beliau ini menunjukkan nyanyian itu dibenarkan di sisinya, sedangkan yang dilarang pada pandangannya ialah nyanyian yang disertakan dengan kemungkaran dan sebagainya. Pengarang kitab Al-Hidayah, Imam Al-Marghinani pernah menyebutkan dalam bab penyaksian : Tidak diterima penyaksian orang yang meratap dan penyanyi. Juga mereka yang bernyanyi kepada manusia.
Imam Kamal bin Hummam apabila mensyarahkan kitabnya menyebutkan di dalam kitab Fathul Qadir :
• Penyanyi yang dimaksudkan ialah dengan melihat kepada situasi zaman pada waktu itu iaitu mereka yang menyanyi kerana harta (sebagai suatu pekerjaan). Lafaz yang digunakan pula adalah dengan bentuk muannath (wanita) supaya ia sama degan lafaz hadith :
لعن الله النائحات لعن الله المغنيات
Dan sedia maklum bahawa ia sebenarnya menunjukkan kepada perbuatan menyanyi itu bukannya dengan mengkhususkan kepada para wanita.
• Adapun nyanyian kerana hiburan diri semata-mata (bernyanyi seorang diri), ia berlaku perselisihan : 1) makruh jika sekadar hiburan berdasarkan kepada hadith Anas bin Malik ketika menemui saudaranya Al-Barra' bin Malik (seorang sahabat yang zuhud) sedang bernyanyi dan pandangan ini diambil oleh Syamsul Aimmah As-Sarkhasi. 2) makruh pada kesemua bahagian, dan pendapat ini dipegang oleh Ibnu Taimiyah.
b) Imam Malik, perbuatan beliau yang pernah bernyanyi :
• Beliau menyanyikan lagu kepada Bani Yarbu' ketika berkumpul bersama mereka dan di tangannya ada gendang sambil berkata :
سليمي أزمعت بينا وأين لقاؤها أينا؟
Pada waktu yang lain pula beliau mendengar seseorang menyanyikan lagu dengan lirik yang salah lalu dia bertanya kepada Imam Malik akan liriknya yang betul dan beliau menyanyikannya sehingga berulang kali. Abu Qasim Al-Qushairi, Abu Mansur dan A;-Qaffal menyebutkan keharusan nyanyian ini daripada beliau.
• Imam Udfuwi pernah bertanyakan kepada ulama' besar Mazhab Maliki : adakah terdapat nas yang mengharamkan nyanyian?mereka berkata : tidak ada. Tetapi yang diambil ialah perkataan Imam Malik yang menyebutkan bahawa tidak sah jual beli seorang jariah kerana dia adalah penyanyi, dan jika kamu mendapatinya menyanyi hendaklah dipulangkan kembali. Pernyataan ini tidak menunjukkan hukum haram kerana boleh jadi jual beli menjadi haram disebabkan ada perkara lain yang menempel padanya.
c) Imam Syafie, Imam Ghazali menyebutkan di dalam Ihya' Ulumuddin : Pengharaman nyanyian bukan daripada mazhab beliau sama sekali.
• Imam Syafie pernah mengatakan kepada seorang lelaki yang menjadikan nyanyian sebagai pekerjaannya : tidak diterima penyaksiannya, kerana ia merupakan hiburan yang makruh dan menyerupai kebatilan. Barangsiapa yang menjadikan ia sebagai pekerjaan dia dinisbahkan kepada kebodohan dan menjatuhkan maruah walaupun ia (nyanyian) bukan merupakan perkara haram yang jelas akan pengharamannya.
• Mereka yang tidak menjadikan sebagai suatu pekerjaan maka ia tidak menjatuhkan maruahnya dan tidak terbatal penyaksiannya. Beliau menggunakan hadith jariah riwayat Saidatina Aisyah sebagai sandaran dalil.
d) Imam Ahmad, Abu Al-Wafaa' bin 'Uqail menyebutkan di dalam kitabnya Al-Fushul : ada riwayat sahih yang menyebut bahawa Imam Ahmad mendengar nyanyian daripada anaknya yang bernama Soleh.
• Abu Bakar Al-Khallal dan Abdul Aziz mengatakan hukum makruh daripada Imam Ahmad pada nyanyian yang disertai perkara yang makruh.
• Imam Ibnu Jauzi mengatakan perbuatan dan perkataan beliau (Imam Ahmad) berkemungkinan yang berkaitan dengan qasidah dan seumpamanya. Pendapat ini kurang dipersetujui kerana hukum yang diletakkan samada harus atau haram adalah pada nyanyian itu, bukannya apa yang ditempelkan padanya. Tidak diketahui pendapat para ulama' yang mengatakan harusnya nyanyian pada qasidah dan seumpamanya dan dilarang pada selain daripadanya.
e) Ishak Al-Mushili, beliau membenarkan nyanyian yang disertai alatan muzik dan memahirkan diri dalamnya. Imam Az-Zahabi menyebutkan tentang keperibadiannya : Imam, Al-Hafiz, Al-Allamah Abu Muhammad Ishak bin Ibrahim bin Maimun, At-Tamimi Al-Mushili Al-Akhbari, pemain alatan muzik, dan penyair yang baik, pengarang kitab tentang ilmu penulisan, fiqh, ilmu bahasa, dan sejarah manusia. Seorang yang cerdik tentang hadith dan mempunyai martabat yang tinggi.
f) Imam Syaukani, menyebutkan di dalam kitabnya Nail Al-Authar kata-kata Imam Al-Fakihani : Tidak aku ketahui di dalam kitab Allah, dan sunnah suatu hadith sohih yang jelas menyatakan pengharaman hiburan (iaitu alatan muzik) bahkan ia hanya zahir dan umum yang boleh dibahaskan, bukannya merupakan dalil yang qath'ei (jelas).
Imam Syaukani juga menyebutkan di dalam kitab karangannya (Ibthal Da'wa Al-Ijma' 'Ala Tahrim Muthlaq As-Sama') bahawa mendengar nyanyian – samada dengan disertai alat muzik atau tidak – merupakan perkara yang menjadi perselisihan ulama', dan di antara perkara yang tidak boleh berkeras kepada mereka yang menghalang pelakunya.
g) Imam Ghazali, beliau menyebutkan di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin bahawa mendengar kepada nyanyian – samada disertai alat muzik atau tidak – akan berubah daripada harus menjadi haram apabila terdapat 5 perkara :
• Orang yang menyanyikan itu dari kalangan wanita yang tidak halal dilihat kepadanya, dan kerana ditakuti akan berlakunya fitnah daripada nyanyiannya.
• Alat yang digunakan merupakan simbol orang yang meminum arak dan mereka yang menyerupai wanita iaitu : alat muzik yang ditiup (seruling, trumpet, dan clarinet), alat muzik bertali, dan gendang (termasuk juga dram). Ketiga-tiga jenis ini dilarang dan selain daripadanya adalah diharuskan.
• Lirik lagu, apabila ia mengajak ke arah maksiat atau mendustakan Allah dan rasulNya serta para sahabat baginda S.A.W. Begitu juga dengan lirik yang mengandungi perkataan menyifatkan seorang wanita secara khusus dengan ia didengari oleh kaum lelaki ajnabi.
• Orang yang mendengar, apabila syahwat menguasai dirinya ketika mendengar nyanyian atau keadaannya yang selalu berada dalam syahwat ketika mendengar kepada nyanyian maka ia diharamkan samada timbul di dalam hatinya gambaran kecintaan kepada seseorang atau tidak.
• Orang yang mendengar di kalangan masyarakat umum yang tidak menyibukkan diri dengan kecintaan kepada Allah S.W.T. (dengan beribadat dan sebagainya) walaupun dalam keadaan yang tidak membangkitkan syahwat. Mendengar kepada nyanyian ini masih dibolehkan selagi ia tidak dijadikan suatu kebiasaan dan kekerapan yang mensia-siakan masanya.
Beliau mengatakan bahawa alatan muzik bertali dan ditiup merupakan antara perkara yang diharamkan kerana terdapat larangan syara' padanya. Namun, atas ijtihad dan penafsiran beliau mengatakan : Sesungguhnya syara' tidak melarang pada zatnya kerana jika diharamkan kerana kelazatan (mendengarnya) nescaya akan diqiaskan dengan setiap apa yang menjadi kelazatan kepada manusia. Tetapi arak itu diharamkan apabila ia sangat dituntut untuk ditinggalkan sehingga sampai pada suatu tahap memecahkan bekas yang mengandunginya. Ia diharamkan beserta setiap perkara yang menjadi simbol mereka yang meminum arak iaitu alat muzik bertali dan yang ditiup sahaja. Sedangkan pengharaman ini merupakan tempelan kepada perbuatan meminum arak seperti diharamkan berkhalwat dengan perempuan asing disebabkan ia adalah permulaan kepada zina, juga diharamkan melihat kepada peha kerana ia berhampiran dengan dua kemaluan (qubul dan dubur), juga diharamkan arak yang sedikit walaupun tidak memabukkan kerana ia boleh menjerumuskan kepada mabuk. Sesuatu itu diharamkan melainkan kerana ada sesuatu yang haram terdapat bersamanya.
Maka, alat muzik bertali dan ditiup itu diharamkan dan merupakan tempelan kepada arak kerana 3 sebab :
• Ia boleh mendorong kepada pengambilan arak kerana kelazatan yang terhasil padanya terdapat pada meminum arak. (alatan ini merupakan permulaan kepadanya).
• Mereka yang baru meninggalkan tabiat meminum arak akan mengingatkan kepada minuman ini apabila mendengar lagu yang disertai alatan muzik bertali dan ditiup.
• Perbuatan golongan fasiq yang mengambil arak dan alatan ini. Maka ia dilarang kerana boleh menyerupai mereka.
Seterusnya Imam Ghazali berkata : Dengan ini jelas akan sebab pengharamannya bukanlah semata-mata ia sedap didengari tetapi dikiaskan perkara yang mendatangkan kebaikan itu dihalalkan (termasuk juga sesuatu yang sedap dan lazat), melainkan pada keharusannya itu akan membawa kerosakan (seperti 5 sebab yang disebutkan oleh beliau sebelum ini). Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-A'raf :
32. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Siapakah Yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah Yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda Yang baik lagi halal dari rezeki Yang dikurniakanNya?" katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang Yang beriman (dan juga Yang tidak beriman) Dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang Yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang Yang (mahu) mengetahui.
Kesimpulan Perbahasan : Dr. Yusuf Al-Qardhawi menegaskan bahawa beliau cenderung kepada pendapat yang membenarkan dengan beberapa ikatan/panduan. Antara panduan yang diletakkan oleh beliau dalam kitabnya (Fiqh Al-Ghina’ Wal Musiqi Fi Dhau Al-Quran Wa As-Sunnah) :
1. Isi kandungan nyanyian bebas daripada perkara yang bertentangan dengan syariat. Contohnya ia mengajak ke arah maksiat, memuji pemimpin yang zalim atau orang-orang fasiq, dan sebagainya.
2. Nyanyian yang disampaikan dengan lengguk liuk suara yang boleh menimbulkan syahwat dan fitnah. Contohnya, nyanyian yang banyak kelihatam di televisyen dan didengari di radio apabila penyanyi terutamanya wanita menyanyikannya dengan suara yang lunak dan mendatangkan kesan yang tidak baik terutama kepada muda-mudi zaman sekarang.
3. Nyanyian tidak disertai dengan perkara haram seperti minum arak, wanita bukan mahram dan panduan pada perkara 2.
4. Tidak berlebih-lebihan dalam mendengar nyanyian samada ia disertai alatan muzik atau tidak. Contohnya nyanyian yang menceritakan tentang perasaan cinta sesama bukan mahram dan sebagainya.
5. Ikatan yang 5 seperti yang disebutkan Imam Ghazali dalam perbahasan sebelum ini.
Walaupun perkara ini merupakan suatu perselisihan para ulama’ sejak dahulu lagi, namun keharusan yang diletakkan adalah disertai dengan panduan supaya ia tidak terkeluar daripada landasan syara’. Demikian juga hiburan ini perlulah tidak melalaikan diri daripada mengingati Allah S.W.T. dan suruhanNya. Namun, melihat kepada situasi yang berlaku pada zaman ini beberapa perkara perlu diperhatikan :
• Keharusan mendengar kepada nyanyian ini bukanlah berbentuk ia diambil secara kerap dan selalu.
• Tidak menyebabkan mereka yang mendengarnya mengabaikan perkara lain yang lebih penting seperti suruhan Allah dan Rasulnya, pelajaran dan sebagainya.
• Digalakkan mengambil alternatif lain sebagai hiburan seperti nyanyian yang mengingatkan diri kepada Allah dan perkara akhirat, menggunakan alatan muzik yang tiada berlaku khilaf padanya, dan tidak dijadikan sebagai suatu benda yang dilazimi.
• Tidak mengapa untuk dijadikan sebagai hiburan ketika berseorangan dengan syarat perlu mengikut garis panduan yang telah diberikan.
Semoga perbahasan ini mampu dijadikan panduan kepada mereka yang memerlukan penjelasan tentang perkara ini. Wallahua’lam.
Rujukan :
1. Al-Quran Al-Karim.
2. Sohih Al-Bukhari, karangan Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari.
3. Jami’ At-Tirmidzi, karangan Abu Isa Muhammad bin Isa bin Surah Al-Tirmidzi.
4. Sunan Abu Daud, karangan Abu Da'ud Sulayman ibn Ash`ath al-Azadi al-Sijistani.
5. Sunan Ibnu Majah, karangan Abu 'Abdullah Muhammad bin Yazid bin Abdullah bin Majah al-Rab'i al-Quzwaini.
6. Musnad Imam Ahmad, karangan Imam Ahmad bin Hanbal.
7. Fiqh Al-Ghina’ Wal Musiqi Fi Dhau Al-Quran Wa As-Sunnah karangan Dr. Yusuf Al-Qardhawi.
8. Al-Islam Wa Al-Funun Al-Jamilah karangan Dr. Muhammad ‘Imarah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment